Wacana kali ini, kami sediakan pendapat dan jawapan dari pemancing dan juga pengusaha kolam berkaitan dengan isu ini.

 

FAR EAST

“Kalau sistem air kolam keluar masuk cantik tak ada masalah cuma ada sesetengah kolam air mati.”

 

ATOK ULONG GP

“Pendapat kome… Semua jenis UMPAN tidak lari dari berasaskan kandungan MINYAK. Kalau nak bandingkan minyak dengan chemical, chemical lagi berbahaya untuk kolam dan ikan.

Jadi pihak kolam hendaklah berfikiran terbuka pasal umpan ni. Cume jangan ada pengunaan usus ayam… nanti kawasan kolam busuk bau bangkai.”

 

PAPADANISH TLL

“Ikan tak berapa sihat untuk jangka masa panjang kalau makan umpan ni… kurang nutrition berbanding pelet.”

IKLAN

 

ANAZ ISHAK

“Yang pengusaha kolam kena bubuh garam dan taik ayam untuk jaga kualiti air. Jika tak tau minta khidmat nasihat dari jabatan perikanan.

Bertahun kolam Undertaker Tehel pakai umpan minyak… sampai kolam tutup takde pulak ikan mati. Kolam Panchor pun sama… kolam Bukit Bulat… boleh jer guna umpan minyak.Tepung salah satu sumber protein tu pasal ikan patin makan umpan tepung.”

 

SHAH JL

“Takda masalahlah… kalau inlet outlet air keluar masuk stabil.”

IKLAN

 

MOHD ZAIDI SODIKIN

“Umpan minyak tidak menjejaskan air kolam sama sekali. Ini kerana, minyak dah dicampurkan bersama tepung. Tepung adalah 1 bahan yang bersifat menyerap. Minyak dah pun sebati dengan tepung. Ia akan kekal.

Dan jika ada pun cuma minyak berlebihan saat umpan jatuh, itu pun dalam kuantiti yang amat sedikit. Kita contohkan, tepung ibarat span. Cuba ambil span dan serapkan pada minyak.

Perahkan sedikit (perah span sama efek dengan kepal tepong juga). Kemudian letak kat air… minyak dalam span tu dah tentu tak keluar semua. Cuma bahagian luaran sahaja yang keluarkan minyak, itu pun jumlah sedikit. Itu sahaja pendapat saya.”

 

MOHD HAFIZ RAZALI

IKLAN

“Tokey kolam goyang wooo…. asyik aling cak aling cak je. Jenuh pulak nak bayar duit ikan… hahaha.

Bagi alasan jejas kualiti air, ikan kurus… padahal, maintenance kolam tak pernah jaga. Duit pemancing mau selalu.

Respek habis kat tokey kolam yang berani bagi pakai semua umpan kecuali organ dalaman yang tak diproses.”

 

YUNG NIRMAN

“Ramai orang takut bila umpan minyak turun… alasan air kolam jadi kotor. Sebaliknya umpan minyak bagi banyak shoot Mekong den hari-hari turun umpan minyak.

Setakat ni tak pernah lagi kena sound mana-mana kolam nama naik papan. Tak ada istilah bab minyak kolam jadi kotor.”

 

SHARIFUDDIN SAAD

“Takdenya kualiti air terjejas. Kolam Bigboss Kundang… ikan membesar dengan sihat. Majoriti orang main tepung.

Tokey tak larat nak membayar dia tukar peraturan pembayaran ikan pulak. Tapi takpe… tepung masih belum diharamkan di kolam tu. Hati pemancing kena jaga… barulah duit masuk jeeee…. kikikiki.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI