Peacock bass, arapaima, pacu, rohu, tongsan, keli afrika, senangin taiwan, red monk, baung ekor merah (red tail) antara sebahagian spesies ikan yang bukan berasal dari negara ini yang mendiami perairan kita sama ada ia diternak di kolam-kolam ataupun mendiami perairan terbuka.

 

Sedar atau tidak, kawasan tasik, lombong mahupun sungai di negara kita kini semakin dibanjiri dengan spesies-spesies pendatang.

Peacock bass misalnya, kini boleh dikatakan berkembang biak dengan pesatnya di lombong-lombong dan tasik yang ada di Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, memang kita semakin sukar bertemu dengan spesies asal seperti sebarau, jelawat, temoleh dan sebagainya.

 

Apa tidaknya, spesies pendatang ini dikatakan sangat rakus sehingga mampu memakan segala jenis makanan yang ada pada ekosistem tersebut.

Malah, lebih berat lagi apabila ia turut memakan telur, anak-anak ikan termasuklah membunuh ikan tempatan seperti kelah yang umum diketahui sukar membiak.

 

Banyak persoalan yang cuba dilontarkan mengenai perkara ini. Antaranya, angkara siapa menyebabkan terjadi kes-kes sebegini?

Ada yang menuding jari kepada kerajaan dan pihak berkuasa kerana tidak memantau masalah ini.

 

Jabatan Perikanan misalnya telah mengeluarkan notis spesies-spesies yang dilarang import ke Malaysia.

IKLAN

Tetapi apa yang musykilnya, bagaimana pula dengan ikan-ikan yang dibawa masuk oleh pengusaha-pengusaha kedai akuarium yang dilihat bebas membawa masuk ikan ini.

 

Walaupun alasan yang diberikan hanya membawa ikan hiasan import yang tidak akan mengancam akuatik asal perairan negara, mengapa mereka membawa masuk juga ikan-ikan seperti alligator gar, arapaima, alligator, peacock bass tetap dibawa masuk.

 

KAWALAN KETAT

 

Cukuplah dengan kebanjiran peacock bass yang memang tidak boleh dikawal lagi. Usah ditambah lagi kehadiran ikan pendatang yang lain sebelum ia menjadi barah kepada tasik dan sungai kita?

Usaha memelihara dan meningkatkan stok ikan tempatan mesti segera dilakukan agar spesies tempatan kita tidak hanya tinggal nama di masa hadapan kelak.

IKLAN

 

Cuba kita mula ambil pendekatan seperti di Amerika Syarikat yang mana mereka berusaha sedaya upaya membasmi lambakan ikan kap yang memusnahkan ekosistem di sana.

Pelbagai cara dilakukan mereka seperti menganjurkan pertandingan memanah dan memukat untuk menghalang spesies pendatang daripada mencemarkan ekosistem di sana.

Sedikit sebanyak dengan cara ini dapat juga mengurangkan krisis “carp invasion” di sana.

 

Ini sedikit sebanyak antara inti pati yang dapat penulis kongsi mengenai isu ikan pendatang ini. Apa pula kata kaki pancing sekalian?

 

FARIS

IKLAN

“Masalah ikan pendatang ni bukannya baru lagi kat Malaysia. Kalu boleh tengok macam da semakin melarat je kat tasik dan lombong yang ada kat Malaysia ni.

Harapnya takdelah spesies ni terlepas kat sungai-sungai besar kita. Kalau tak mungkin dia akan hapuskan semua ikan tempatan yang ada.”

 

WAN ASNAWI

“Bagi saya, ikan pendatang ni banyak bagi kesan buruk daripada baik. Yang baiknya kaki casting akan jadikan ikan pendatang macam PB sebagai ikan sukan, tapi kesan buruknya ialah spesies tempatan kita menjadi semakin terancam.

Sebagai contoh kat Tasik Raban, kita boleh tengok populasi sebarau semakin berkurangan lepas PB dominasi tempat tu.

Kita boleh tengok spesies tempatan macam dijajah kat tanah sendiri oleh ikan pendatang ni. Satu je pesan saya kat kaki pancing, kalau dapat PB tu kalau boleh tapau lah habis-habisan.

Janganlah kita kerap “catch&release” ikan tu sebab ia boleh bagi kesan yang tak baik kat port kita memancing tu. Risau juga kalau spesies ni mula merebak kat sungai-sungai yang ada di Malaysia.”

 

MUHD RIDZUWAN IBRAHIM 

“Pada aku, ikan pendatang ni ada baik buruknya ada kat perairan Malaysia ni. Yang baiknya, kita sebagai pemancing dapat rasa tarikan ikan pendatang ni.

Tapi yang buruknya, ikan pendatang ni jenis yang suka mendominasi kawasan. Peacock bass (PB) terutamanya. Jadi, dia akan bagi kesan kat ekosistem ikan tempatan.

Cubalah kita tengok apa dah jadi kat lombong-lombong yang ada di Perak. Kebanyakannya semua PB da “conquer”.”

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI