Antara tip yang perlu diketahui sebelum memancing seuatu spesies ikan adalah mengetahui diet atau makanannya terlebih dahulu. Ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor. Ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi.
Begitu pun, diet spesies ini lebih cenderung kepada tumbuhan. Dalam sektor akuatik, spesies kaloi juga digunakan sebagai haiwan pengawal rumpai air kerana keupayaannya untuk memakan dan mengawal tumbuhan vegetative akuatik dan alga yang tidak dikehendaki. Ini kerana, ikan kaloi yang dewasa mampu untuk memakan tumbuhan akuatik yang bersifat fiber secara terus.
Berbalik kepada dunia pancingan, spesies ikan kaloi bukanlah antara spesies ikan yang boleh dipancing setiap hari. Apa yang penulis maksudkan ialah, spesies boleh dikatakan spesies ikan yang agak jarang juga dinaikkan menggunakan teknik pancing. Lubuk pancingan spesies kaloi juga bukanlah di lokasi mudah diakses.
Biasanya, spot yang sesuai untuk memancing ikan kaloi ialah di kawasan sungai atau tasik yang mempunyai keadaan air yang bergerak perlahan. Ini kerana ikan kaloi biasanya memilih kawasan air berarus perlahan sebagai habitatnya. Spot sebegini yang mempunyai struktur seperti kayu mati di dasarnya juga antara spot menarik dan berpotensi.
Biarpun jarang dijadikan spesies target utama, ikan kaloi sebenarnya mampu memberikan tentangan yang kuat kepada pemancing. Henjutan kaloi yang bersaiz besar mampu membuatkan adrenalin pemancing mengalir laju. Jangan dipandang remeh kerana spesies ini mampu membesar sehingga mencapai saiz 70cm panjang. Dengan sirip kaudal pedunkel yang kuat, ikan kaloi mampu membuatkan tali pancing putus dengan hanya satu henjutan. Selalunya pemancing perlu berwaspada ketika ikan kaloi melakukan henjutan secara tiba-tiba.
Dalam pancingan ikan kaloi, teknik yang terbaik ialah teknik pelampung dan dasar, namun penulis lebih cenderung memilih teknik pelampung kerana ikan ini bukannya ikan demersal. Antara umpan yang boleh dipilih jika ingin menduga spesies Giant gourami ini ialah, lipas kayu, cengkerik, udang sungai, cacing dan belalang atau pepatung.
Jika anda mahu mencuba umpan berasaskan tumbuhan pula, beberapa jenis umpan boleh dipilih. Antaranya ialah buah ara, sawit peram atau sawit masak dan juga umpan pisang separuh masak yang dipotong kecil atau dipotong dadu sebelum dicangkukkan pada mata kail.
Jarang sekali kaloi menjamah umpan tiruan seperti gewang, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Kebelakangan ini sudah terdapat beberapa kejadian pemancing berjaya memancing kaloi dengan menggunakan gewang. Selain dry flies dan teknik pancingan layang juga berpotensi menggoda spesies gourami gergasi ini gewang tiruan berbentuk ala-ala udang dipercayai antara gewang terbaik yang boleh dicuba.
Ikan tilapia merupakan jenis ikan air tawar yang menjadi kegemaran ramai orang. Rasanya yang lazat dan harganya yang relatif rendah membuatkan ikan tilapia cukup diminati. Jika anda juga suka makan ikan tilapia, sebaiknya mulai sekarang anda harus kurangkan. Sebabnya, kandungan lemak dalam ikan tilapia hampir setinggi kandungan lemak pada babi.
Pengambilan ikan tilapia yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol. Selain itu, ikan tilapia sangat tidak digalakkan untuk dimakan oleh orang yang memiliki penyakit jantung, asma, dan radang sendi.
Ikan Dorado (Belitong)
Ikan dorado / mahi-mahi atau yang biasa disebut ikan belitong merupakan jenis ikan yang sangat digemari karena rasanya yang enak. Bahkan, restoran-restoran di luar negara sering menjadikan ikan mahi-mahi sebagai hidangan istimewa. Namun, di sebalik rasanya yang menggoda, ikan mahi-mahi memiliki kandungan histamin yang boleh menyebabkan keracunan. Histamin terbentuk dari asid histidin yang dipecah oleh bakteria. Kandungan histamin ini hanya dapat dicegah apabila ikan mahi-mahi diproses secara teliti setelah ditangkap. Jika zat histamin sudah terbentuk, maka akan sukar untuk menghilangkannya. Tidak ada cara pencucian atau memasak yang dapat menghilangkan bahan berbahaya ini.
Ikan Tuna
Ikan tuna adalah salah satu jenis ikan yang paling banyak diambil oleh manusia. Kandungan Omega 3 dalam daging ikan tuna mampu mencegah penyakit jantung, mengawal kolesterol jahat, dan menurunkan kadar trigliserida. Namun, ternyata tuna termasuk salah satu ikan yang kandungan merkurinya tinggi, terutama untuk jenis white albacore tuna. Bagi orang kesihatan normal, pengambilannya dibatasi sekitar 6 oz saja per minggu. Sedangkan untuk wanita hamil atau wanita yang sedang merencanakan kehamilan, tidak disarankan memakan lebih dari 150 gram tuna jenis ini per bulan.
Ikan Mackerel
Ikan makarel adalah jenis ikan yang sangat umum diambil oleh manusia. Disebabkan sangat digemari, ikan makarel juga dijadikan makanan awet dalam tin. Namun, tahukah anda bahawa ikan makarel juga mengandung kadar merkuri yang tinggi. Menurut para pengkaji, tahap pengambilan ikan makarel yang selamat bagi orang dewasa adalah 200gram per hari. Sedangkan untuk kanak-kanak, 100 gram per hari.
Belut air tawar
Buat anda si penggemar belut, mulai sekarang anda harus mengurangkan atau menghindari pengambilan belut. Sebabnya, ikan dari keluarga besar Synbranchidae ini mampu menyerap kotoran atau toksik yang berasal dari sumber perindustrian mahupun pertanian.
Namun, jika tetap ingin memakan belut, anda boleh menguranginya dengan hanya memakan maksimum 300 gram belut dalam sehari. Sedangkan untuk kanak-kanak, batas pengambilan sekitar 200 gram per hari.
Gindara Fish (Ikan Gindara)
Ikan laut dalam yang boleh ditemui di kedalaman 280-900 meter ini digembar-gemburkan memiliki banyak khasiat. Namun, ramai yang tidak mengetahui ikan gindara memiliki kandungan lemak bernama gemylotoxin yang berbahaya bagi tubuh. Jika terlalu banyak diambil, gindara boleh menyebabkan anda menderita diarrhea yang teruk. Malah, disebabnya bahayanya, kerajaan Jepun telah melarang ikan gindara untuk dimakan sejak tahun 1977. Sekiranya anda nekad untuk memakannya juga, pakar kesihatan menasihatkan agar tidak lebih 170 gram per hari.
Ikatan Davy atau Davy knot sebenarnya merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan.
Langkah-langkahnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
LANGKAH 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.
LANGKAH 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.
LANGKAH 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.
LANGKAH 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.
LANGKAH 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.
LANGKAH 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.
LANGKAH 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.
LANGKAH 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.
Saksikan tutorial di channel youtube majalah umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...