Pengetahuan tentang jenis umpan yang biasa digunakan dan memperoleh hasil di sesuatu padang pancing amat penting sebelum memancing di lokasi tersebut. Sebagaimana padang pancing yang lain, untuk memperoleh hasil bagi sesi memancing di Rakit Pancing Harun ini juga perlu bijak memilih umpan sepadan dengan ikan sasaran.

 

Berdasarkan pengalaman para pemancing yang pernah memancing di Rakit Pancing Harun, berikut merupakan senarai umpan dan spesies ikan yang telah didaratkan.

 

Umpun-umpun

 

Umpun-umpun merupakan umpan wajib hampir setiap rumah rakit. Walaupun ia sinonim sebagai umpan gelama, namun kadangkala ikan berkualiti seperti tebal pipi, tetanda, sembilang malah siakap turut membaham umpan ini.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

Udang hidup

 

Udang hidup merupakan umpan nombor satu jika anda berhajat untuk menaikkan spesies sasaran utama di sini iaitu siakap, senangin, merah, kerapu, tetanda, ebek atau siakap merah.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

IKLAN

 

Udang mati

 

Tiada pembaziran umpan di sini. Udang hidup yang telah mati tetapi masih segar dan dikopek kulitnya boleh digunakan untuk memancing ikan daun baru, duri, gelama, sembilang, kaci, ketuka atau dengkis. Jika bernasib baik, siakap merah atau ebek juga mengambil umpan udang kopek.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

Ikan Tamban

 

Sama ada digunakan ketika masih hidup atau dijadikan hirisan, umpan ikan tamban berpeluang untuk mendaratkan ikan seperti talang, pari, duri, kerapu, senangin atau kurau.

IKLAN

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

Hirisan sotong

 

Boleh dikatakan pelbagai spesies akan membaham umpan hirisan sotong terutamanya yang masih segar. Jika bernasib baik anda akan menaikkan kerapu, kaci, pari, atau merah.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

IKLAN

Hirisan ikan selayang

 

Sebagai mana hirisan sotong, hirisan ikan selayang juga berpeluang mendaratkan ikan berkualiti seperti merah, kerapu, atau kaci sekiranya ia tidak banyak digetu dan dihabiskan oleh ikan-ikan kecil.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

Anak Gelama

Sekiranya anda memperoleh anak ikan gelama sebesar ibu jari, jadikan ia sebagai umpan hidup dan tagan. Anak gelama ini biasanya digemari oleh pari, senangin, kurau atau malong.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

 

Gewang

Bagi penggemar teknik mengilat atau casting, anda boleh gunakan gewang seperti minnow, soft plastic atau micro jig untuk menjerat ikan-ikan pemangsa seperti siakap, siakap merah, kerapu, ebek, talang, atau kerapu.

 

Umpan-Umpan Wajib Bawa Jika Ke Rumah Rakit

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI