
Sebagaimana yang diketahui ramai pemancing, untuk memikat dan memerangkap ikan tongsan sisik halus memakan umpan bukanlah mudah.
Ia memerlukan ramuan umpan yang mengandungi faktor aroma dan rasa yang tertentu. Berikut merupakan salah satu ramuan umpan yang telah berjaya menjeratnya.
Bahan umpan:
Dedak 929 – 1kg
Dedak bomb 286 – sepeket
Strawberi MyePescado – 6 penutup botol
Pandan MyePescado – 6 penutup botol
Esen pisang – sebotol
NS Power pandan – 2 paket
Cara-Cara Penyediaan Umpan:
LANGKAH 1
Masukkan sedikit air anggaran 200 ml di dalam bekas bancuhan (untuk mengadun bahan perisa). Kemudian masukkan 6 penutup botol pes strawberi.
LANGKAH 2
Masukkan pula satu botol esen pisang dan kacau agar ia sebati.
LANGKAH 3
Masukkan dedak 929 dan dedak bomb. Gaul sekata campuran dedak dengan larutan air berperisa.
LANGKAH 4
Setelah campuran sebati, masukkan pula 6 penutup pes pandan. Gaul lagi campuran adunan ini.
LANGKAH 5
Terakhir sekali masukkan dua paket serbuk panda NS Power dan gaul sehingga memperoleh adunan yang sesuai untuk dikepal pada spring.
Tambah air sedikit demi sedikit untuk memperoleh adunan yang peroi dan cantik.
Umpan Knot – Ikatan Open Clinch Knot!!

Langkah 1
Buatkan satu simpulan biasa pada perambut yang ingin digunakan.
Langkah 2
Tarik hujung perambut kira-kira sejengkal dari simpulan yang dihasilkan.
Langkah 3
Masukkan mata kail bercincin yang ingin digunakan melalui hujung perambut.
Langkah 4
Pegang cincin mata kail dan tarik perambut ke arah perambut utama.
Langkah 5
Tarik hujung perambut ke bahagian bawah perambut utama.
Langkah 6
Mulakan lilitan hujung perambut pada perambut utama.
Langkah 7
Lilitkan sekurang-kurangnya 3 lilitan.
Langkah 8
Tarik hujung perambut dan masukkan melalui simpulan pertama dan lingkaran kedua.
Langkah 9
Tarik hujung perambut dan perambut utama sehingga satu ikatan dan simpulan kemas terbentuk.
Langkah 10
Potong hujung lebihan perambut berdekatan simpulan dan open clinch knot telah siap.
4 Spesies Jerung Yang Mengerikan!!

Goblin shark adalah spesies jerung yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Ia hidup dengan memakan ikan, termasuk spesies jerung.
Goblin mampu membesar panjang sehingga 3.8 meter. Sebagaimana halnya dengan frilled shark, goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007. Jerung ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup.
Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Pasifik. Para pengkaji mengandaikan, jerung ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah. Ia membengkokkan tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis jerung yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksimum 6 meter. Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Jerung ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam. Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, lumba-lumba dan jerung lainnya.
Jerung ini juga berupaya merebut makanan dari jerung lainnya, termasuk dari great white shark yang besarnya berkali ganda. Ia juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Panduan Memancing Di Kelong

Kelong merupakan bangunan yang didirikan atas permukaan air yang biasanya didirikan di persisir pantai atau muara. Lazimnya ia didirikan bagi tujuan aktiviti memancing. Di sini dikongsikan beberapa tip dan persediaan untuk memancing di kawasan kelong:
Buat Sedikit Kajian Umum
Buat sedikit research mengenai kelong yang anda ingin pergi. Sekurang-kurangnya anda akan tahu struktur, kedalaman dan pelbagai perkara penting tentang kelong tersebut. Selain itu, kaji juga spesies ikan yang ada di kelong berkenaan. Dari sini anda boleh dapatkan petua dan info umpan yang sesuai untuk memancing ikan yang ada di kelong tersebut.
Ilmu & Pengalaman
Tidak cukup dengan hanya membuat research tentang kelong itu sahaja. Kadang-kadang adalah perlu juga untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang arif tentang kawasan kelong yang hendak anda pergi. Cungkil seberapa banyak rahsia dan petua untuk memancing di kawasan kelong berkenaan.
Kesesuaian Waktu
Waktu air pasang besar dan air bani adalah dua masa berbeza untuk memancing di kelong. Ketika air bani arus kurang laju untuk pancingan yang santai bagi memancing ikan yang bermain di sekitar kelong untuk mencari makanan. Pada waktu pasang besar pula arus agar laju dan sedikit sukar untuk memancing. Namun ketika ini lebih banyak ikan masuk ke kawasan kelong.
Bekalan Makanan
Ini juga antara perkara yang paling penting untuk memancing di kelong. Iyalah, bukan semua kelong ada menyediakan khidmat makanan dan minuman. Adalah seelok-eloknya jika anda menyediakan keperluan bekalan minuman dan makanan ini secukupnya sebelum naik ke kelong. Kalau tak, nanti ada pula yang tak dapat memancing akibat menahan lapar.
Peralatan Sepadan
Pastikan peralatan dan tiada yang tertinggal. Ada juga mendengar kes pemancing yang sudah membawa joran, tetapi terlupa membawa kekili dan pelbagai peralatan yang lain. Selain itu, penting juga bagi anda membawa joran spare.
Iyalah, ada masanya kejadian tak diingini boleh berlaku dengan mudah. Sekurang-kurangnya, jika kejadian seperti joran patah, joran jatuh laut dan lain-lain berlaku anda sudah ada back-up plan. Jangan lupa bawa appolo! Dan jangan sesekali lupa untuk membawa tong ikan berserta ais.
Kepelbagaian Teknik
Jangan hanya fokus kepada pancingan bottom sahaja, sekali sekala cuba juga teknik yang berbeza seperti drifting, casting, jigging dan sebagainya (bergantung kepada jenis dan kedalaman kelong). Ini kerana bukan semua spesies ikan boleh dipancing dengan satu teknik.
Kepelbagaian Umpan
Jangan lupa juga untuk membawa pelbagai jenis umpan yang berkemungkinan berkesan untuk memancing. Jangan bergantung harap kepada umpan hasil pancingan apollo sahaja yang belum tentu setiap masa ada.