Umpan Tempe Kacang Soya… Biar Betul!?

Share

 

Percaya atau tidak jika dikatakan salah satu sos umpan yang masih relevan digunakan ialah sos yang berasaskan tempe. Apabila ia digabungkan dengan beberapa esen perisa, ia membantu menguatkan lagi daya tarik umpan tersebut. Jom tengok penyediaan umpan ini.

 

Bahan-bahan:

Roti bun 2 bungkus

Sos tempe

Pes perisa pandan

Esen pisang

Esen nenas

Esen ros

Esen oren

Esen badam

 

Cara-cara penyediaan:

 

Step 1

Roti dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.

 

Step 2

Campurkan semua esen sebanyak 2 penutup botol bagi setiap jenis esen.

 

Step 3

Masukkan pula 6 penutup sos tempe.

 

Step 4

Terakhir sekali masukkan pula 6 penutup pes pandan.

 

Step 5

Goncang bekas bancuhan umpan agar setiap roti dadu mengenai sos dan perisa umpan.

Setelah semua bahan bercampur, lekatkan ia pada mata kail dan dikepal mengikut kesesuaian diri. Seterusnya bolehlah dilontar ke spot pilihan.

 

IKLAN