Umpan Strawberi Durian Original

Share

Umpan strawberi durian ini terhasil daripada gabungan perisa dengan sukatan tertentu yang berupaya untuk digunakan sebagai umpan berbisa.

(Kredit lokasi: Kolam Harmony Puchong)

 

Bahan keperluan:

2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original

1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original

1 Botol kosong untuk campuran umpan.

 

Cara penyediaan umpan:

 

Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini. Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.

Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.

 

Cara penggunaan umpan:

  1. Umpan strawberi durian ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwic, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga palet. Untuk ujian ini palet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
  2. Rendam dan tos dengan segera 1 kg palet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga palet menjadi lembut.

3. Tuangkan umpan strawberi durian (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas palet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada palet.

4. Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal palet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan palet.

Hasil menggunakan umpan strawberi Durian
IKLAN