Umpan Rohu Pes Kacang Soya

Share

 

Ikan rohu sememangnya ada peminatnya tersendiri. Namun untuk memancing ikan rohu tidaklah boleh guna sebarang umpan. Perlu ada umpan tersendiri untuk membolehkan rohu membuka mulut dan mengambil umpan yang digunakan. Di sini kami berikan salah satu teknik menyediakan umpan rohu.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

  • Roti sandwich potong dadu
  • Sos kacang soya Green Bait
  • Minyak strawberi Green Bait
  • Palet 6363/920
  • Kelapa parut

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan:

  1. Tuangkan minyak stawberi ke atas palet yang telah dilembutkan dan digaul dengan kelapa parut.

 

2. Cucukkan roti dadu pada mata kail dan celupkan ke dalam sos kacang soya Green Bait.

 

3. Kepalkan palet pada mata kail yang dicucuk roti dadu.

 

4. Umpan rohu yang sedia digunakan.

IKLAN