Umpan Rohu Minyak Belangkas

Share

Ikan rohu yang dilepaskan ke kolam memancing lazimnya akan mengambil masa beberapa hari untuk ‘buka mulut’. Bila dah buka mulut, boleh dikatakan semua umpan untuk pancingannya akan dia sapu. Tapi untuk menarik kumpulan rohu tertumpu pada satu umpan, perlulah ada sesuatu umpan yang mampu memikatnya.

 

Bahan-Bahan

Minyak belangkas A1

1 kg  dedak 929

200 gm dedak 928

3 keping Biskut meri

2 bungkus keropok jagung

2 keping roti sandwich

Air

 

Langkah 1

Hancurkan biskut meri dan keropok jagung ke dalam 500ml air. Kemudian masukkan 1 kg dedak 929 dan 200 gm dedak 928. Bancuh adunan sehingga menjadi sekata.

 

Langkah 2

Masukkan pula 10 penutup minyak belangkas. Kemudian bancuh adunan agar dedak dan minyak sekata dan sebati.

 

Langkah 3

Penyekkan roti sandwich dan dipotong dadu. Tuangkan sepenutup minyak belangkas ke atas roti dadu yang dicampurkan sedikit adunan dedak

 

Langkah 4

Cucukkan dulu gabus pada mata kail kemudian cucukkan roti

 

Langkah 5

 

Kepalkan dedak pada spring sebanyak mana yang diingini

 

Langkah 6

Umpan yang siap untuk digunakan bagi teknik pancingan dasar atau sub permukaan menggunakan pelampung.

IKLAN