Umpan, Peralatan Dan Teknik Memancing Kitang Lada!!

Share

 

Kitang Lada merupakan ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan, maka sudah tentu mata halus adalah lawannya. Kalau guna mata kail bersaiz besar jawabnya tinggal mata kail sajalah. Cara terbaik teknik persembahan umpan adalah stail apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8.

 

 

Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

 

Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.

 

Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang di kerumuni ikan ini. Ikan kitang lada seperti ikan dengkis yang lain bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing laut dalam.

Jika berhajat mengunakan set apollo buatan sendiri lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut.

 

 

Setelah saiz mata di pilih, perambut 20lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Perambut utama berkekuatan 30lb maksimum dapat mengurangkan kebarangkalian perambut anak  berpintal antara satu sama lain.

 

IKLAN