Umpan Perah Roti Potato

Share

Umpan perah (umpan yang berasaskan buah perah tanpa kira jenama) sudah boleh digunakan secara terus dengan roti atau palet untuk dijadikan umpan. Namun untuk lebih power, umpan perah perlu dicampur dengan perisa lain. Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk menjadikan umpan perah lebih power apabila digunakan dengan roti potato.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

 

  • Umpan Perah AA
  • Paste Pacak (perisa strawberi)
  • Sos Raya (perisa pisang)
  • Roti Potato

 

Penyediaan Sos Umpan:

 

LANGKAH 1

Masukkan lebih kurang 100ml sos Umpan Perah AA ke dalam botol kosong.

 

LANGKAH 2

Masukkan Paste Pacak kira-kira 5 penutup.

 

LANGKAH 3

Masukkan kira-kira 2 penutup Sos Raya dan goncang hingga sebati.

 

Penyediaan Umpan & Roti

 

LANGKAH 1

Kopek kulit luar roti potato bahagian atas dan juga bawah.

LANGKAH 2

Belah dua roti potato dan potong dadu anggaran 9 ketul.

 

LANGKAH 3

Tuang sos umpan diolah ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti potato dengan kadar jumlah yang berpadanan dan goncangkan.

 

LANGKAH 4

Cucuk kiub roti potato pada perambut dua mata kail.

 

LANGKAH 5

Bahagian inti yang siap dicucuk kira-kira 6 kiub roti potato.

 

LANGKAH 6

Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.

 

LANGKAH 7

Sediakan sebahagian lagi roti bagi menutup inti sepenuhnya dan kepal dengan lembut.

LANGKAH 8

Kumpulkan hingga penuh tapak tangan roti potato dan lekapkan inti ke atasnya.

 

LANGKAH 9

Umpan yang siap untuk dilontarkan ke lubuk.

IKLAN