Umpan Patin Lilit Kuala Pilah (VIDEO)

Share

 

Ia dinamakan umpan lilit berdasarkan cara ia dilekatkan pada mata kail dengan cara melilit. Umpan ini dianggap sebagai umpan bajet kerana tidak memerlukan kos tinggi untuk menyediakannya.

Ia hampir sama seperti umpan tepung atau umpan minyak, bezanya ia perlu diadun dengan air terlebih dahulu. Namun keberkesanannya untuk menjerat ikan seperti patin amat tinggi.

 

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN

  • Tepung gandum
  • Minyak sawit
  • Esen pisang
  • Pes pandan (boleh guna pes perisa lain)
  • Perisa keladi (boleh guna pes perisa lain)
  • Air

 

LANGKAH 1

Masukkan kira-kira 200 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.

 

LANGKAH 2

Masukkan air minuman atau air kolam (elakkan penggunaan air paip kerana mengandungi klorin).

 

LANGKAH 3

Bancuh adunan sama seperti menghasilkan adunan untuk menghasil cekodok.

 

LANGKAH 4

Campurkan esen pisang yang telah dilarutkan dengan air dan juga 3 penutup esen perisa keladi.

 

LANGKAH 5

Tambahkan pula 3 penutup pes perisa pandan.

 

LANGKAH 6

Bancuhan campuran yang dimasukkan sehingga sebati dan sekata. Tambahkan lagi tepung gandum sekiranya adunan terlalu cair atau lembik.

 

LANGKAH 7

Doh yang sesuai ialah doh yang tidak terlalu keras dan tidak pula melekit.

 

LANGKAH 8

Tuangkan minyak sawit ke atas doh. Sekadar tuang sahaja dan tidak perlu digaul. Minyak sawit ini memainkan dua peranan tersendiri.

 

(Cara menggunakan umpan patin lilit)

 

LANGKAH 9

Lekatkan jajan atau keropok jagung yang sudah lemau pada mata kail. Sebaiknya menutup keseluruhan mata kail dan hanya hujung matanya terkeluar sedikit dari jajan.

 

LANGKAH 10

Ambil seketul kecil doh dan balutkan pada mata kail yang dilekatkan jajan. Lilit dan tekan doh secara memanjang pada mata kail.

 

Langkah 11

Umpan lilit yang siap sedia untuk digunakan di kolam-kolam pancing yang membenarkan penggunaan umpan berasaskan tepung dan minyak.

 

 ➡ Tutorial dalam bentuk video

 

IKLAN