Umpan Padu Kolam Harmoni

Share

Lain kolam lain pula umpannya. Atas sebab itulah apabila memancing di mana-mana kolam air tawar berbayar, jangan segan untuk bertanya kepada pemilik atau pengurus kolam tersebut umpan yang sesuai digunakan. Dan ini merupakan umpan yang biasa diguna di kolam Harmoni, Puchong.

 

Bahan-bahan yang digunakan.

 

Pes perisa pandan

Pes perisa pisang

Santan kotak

Roti sandwic

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

Langkah 1

Masukkan kira-kira setengah kotak santan (pek kecil) ke dalam botol yang berisi 30 ml pes perisa pandan.

 

 

Langkah 2

Masukkan 1 penutup pes perisa pisang ke dalam botol tersebut.

 

 

Langkah 3

Goncang botol campuran bahan tersebut sehingga benar-benar sebati. Ia sudah sedia untuk digunakan bersama roti atau palet.

 

 

Langkah 4

Potong dadu sebungkus roti sandwic dan masukkan ke dalam bekas bancuhan umpan.

 

 

Langkah 5

Tuang sos umpan yang dihasilkan ke atas roti dadu (jangan terlalu banyak) dan pastikan setiap potongan roti mengenai sos umpan.

 

 

Langkah 6

Umpan yang sedia digunakan untuk dicucuk dan dikepal pada mata kail.

 

 

 

IKLAN