Umpan Pacu Lady Strike *

Share

Ikan pacu adalah haiwan maserba atau boleh dikatakan memakan apa saja. Namun tak bermakna kalau sekadar diberi makanan ikan, pacu akan memakan umpan tersebut. Jadi, umpan tersebut perlu diejas bagi mencepatkan proses ikan pacu memakannya.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

Palet 920
Sos Raya Kuning A1
Strawberi Musang A1
Jajan atau keropok jagung
Air

 

Cara-cara penyediaan umpan:

 

Masukkan satu kilogram palet 920 ke dalam bekas bancuhan.

Masukkan air 200ml dan gaul palet. Biarkan seketika sehingga palet menyerap air.

Masukkan pula Sos Raya Kuning A1 sebanyak 5 penutup botol, kemudian tambah sos Strawberi Musang A1 juga sebanyak 5 penutup botol.

Gaul palet ini hingga sebati kemudian perapkan ia di dalam bekas tertutup kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum digunakan.

 

Cara-cara penggunaan umpan:

 

Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail (teknik apung menggunakan spring dua mata kail berpelampung).

Kepal palet pada spring kira sebesar penumbuk. Pastikan palet mampu dikepal dengan sempurna. Jika berderai, tambahkan sedikit air pada palet.

Lontarkan ke kawasan ikan bermain air dan tunggu sehingga umpan tersebut diragut ikan.

 

 

(kredit: Azura Manas)

 

IKLAN