Pes perisa merupakan salah satu bahan utama terpenting masa kini bagi menyediakan umpan memancing di kolam komersial air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.
Pes perisa Original contohnya, merupakan pes serba guna yang boleh dicampur dengan pelbagai umpan asas lainnya.
Malah, untuk tarikan yang lebih, ia boleh dimasak dengan bahan lain untuk membangkitkan aroma dan mampu digunakan untuk tempoh yang lebih lama.
Bahan keperluan:
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Ads
Minuman berkarbonat perisa epal
Roti sandwic
Cara penyediaan sos umpan:
➡ Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.
Ads
➡ Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.
➡ Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.
➡ Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Cara menggunakan sos umpan:
Ads
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Light jigging, satu kaedah moden yang begitu dekat di hati kaki pancing laut di Malaysia. Dengan jig purata dari 20 hingga 80 gram, kaedah ini amat digemari bagi mereka yang mahu mencari spesies ikan di pertengahan dan di dasar menggunakan unjunan kepingan jig.
Sekarang, (mulai bulan Mac hingga Oktober), iaitu selepas tamatnya musim tengkujuh adalah waktu yang sesuai untuk light jigging. Tidak hairanlah, kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak ketika ini, kembali menjadi tumpuan dengan tempahan bot asyik penuh sahaja setiap minggu.
Untuk itu, anda pastinya memerlukan beberapa peralatan yang sesuai seperti di bawah bagi melengkapkan lagi trip light jigging yang dirancang.
Rod
Terdapat pelbagai jenis rod untuk setup light jigging. Baik dari harga ekonomi atau mahal, ada di jual di pasaran. Rod Evergreen Poseidon Spin Jerker 603L ini misalnya, antara rod yang bagus untuk aplikasi light jigging.
Kekili
Kekili Shimano Twin Power C3000 model terbaru ini sememangnya cukup gah untuk light jigging bagi kategori spinning di Malaysia. Kayuhan yang lancar dan ‘soft’ serta drag yang cukup kuat menjadi antara sebab mengapa ia kerap menjadi idaman ligt jigger. Pun begitu, dalam pancingan ini tidak kisah jenama kekili yang ingin gunakan. Asalkan anda selesa dan paling penting tidak membebankan poket anda.
Jackson pintail
Ketika light jigging, apa kata bawalah gewang Pintail daripada Jackson ini. Saiz 40 gram, adalah saiz terbaik untuk memburu ikan target, iaitu tenggiri.
Ima Gun
Ima Gun antara jig favourite dan sepatutnya memang ada dalam kotak pancing kaki light jigging. Keberkesanannya juga telah lama terbukti. Terdapat banyak skim warna yang anda pilih. Berat: 12, 20, 30, 40, 50 & 60 gram.
Selepas popular dengan jig berat, Maxel turut mengeluarkan jig bersaiz ringan. Masih baru dan mungkin anda patut mencubanya. Berat: 12, 20, 40 & 60 gram.
Shimano Coltsniper
Coltsniper, antara jig ringan Shimano yang boleh anda cuba untuk menjerat spesies ebek, kerapu dan pelbagai spesies lain. Berat: 28, 42 & 60 gram.
Shimano Soare
Jig ringan terbaru daripada Shimano. Diperbuat daripada tungsten membolehkan jig padu ini cepat jatuh ke dasar. Berat: 24 & 32 gram.
Kevlar
Banyak jenis kevlar dijual di pasaran. Ada yang ekonomi dan juga mahal. Terpulang pada kemampuan anda.
Tali perambut
Sebaiknya, pilihlah tali jenis fluorocarbon yang mampu menyerap tekanan dan tahan lebih lama bila bergesel dengan batu karang.
Tali sulam
Tali sulam biasa atau warna? Kedua-duanya boleh digunakan untuk dipadankan ke dalam kekili anda.
Mata kail
Terdapat pelbagai jenis mata kail di pasaran. Owner Cultiva, antara jenis mata kail yang sering jadi pilihan.
Kawasan-kawasan perairan air masin berstuktur tiang seperti jambatan atau jeti memancing merupakan lubuk untuk memancing. Lazimnya kawasan sebegini menjadi kediaman banyak spesies ikan air masin. Namun untuk menjinakkan ikan-ikan di kawasan ini perlulah mempraktikkan taktik dan teknik yang tepat.
PERALATAN
Joran – Joran aksi sederhana 7-10 kaki panjang. Tak perlu joran melebihi 10 kaki panjang kecuali terdapat lubuk-lubuk berjauhan yang berpotensi.
Kekili – Kekili siri 2000-5000 dengan tali sulam atau tangsi 20lb hingga 40lb. Pastikan kekili khusus untuk kegunaan air masin.
Perambut – Perambut batu hidup batu mati dipadankan dengan mata kail lingkar.
RADIUS PANCINGAN
Tidak perlu membuat lontaran umpan jauh dari kawasan struktur bertiang kerana lazimnya ikan-ikan sasaran berlegar di kawasan berstruktur untuk memburu makanan. Memadai hanya lepaskan umpan ke bawah mengikut arus keluar dari bawah jambatan atau jeti. Kecuali terdapat kawasan berstruktur lain yang perlu membuat lontaran jauh.
KEADAAN AIR
Sebaiknya ketika air pasang kecil atau air bani. Atau dalam erti kata lain sewaktu arus tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Jangan lepaskan peluang memancing ketika air mula bergerak pasang atau mula bergerak surut.
Warna air juga perlu dipantau. Elakkan dari memancing ketika air terlalu keruh atau terlalu jernih.
WAKTU SESUAI
Sebagaimana memancing di tengah laut atau sungai, waktu awal pagi sehingga matahari naik dan lewat petang sehingga matahari terbenam merupakan tempoh aktif ikan-ikan predator mencari makanan. Sementara waktu malam pula sesuai untuk mencari ikan-ikan yang aktif mencari makan pada waktu malam.
UMPAN
Sebaiknya gunakan umpan yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, kurita, belanak atau tamban. Jika tak dapat umpan hidup, gunakan umpan yang masih segar. Selain itu boleh juga guna umun-umpun atau perumpun. Umpan tiruan seperti gwang, sof plastic atau jig juga boleh digunakan untuk aktiviti casting.
PEKA KEADAAN SEKELILING
Amat penting untuk memantau sebarang aktiviti ikan di permukaan air. Jika terlihat kawanan ikan kecil-kecil atau aktiviti pemangsa membaham ikan-ikan kecil, cuba lontarkan umpan ke kawasan tersebut setepat mungkin.
TIP KESELAMATAN
Sebaiknya pacak atau ikat joran pada sesuatu objek yang pegun dan kukuh sekiranya tidak memegang joran. Walaupun bertujuan memancing gelama menggunakan umpan perumpun namun tidak semestinya hanya gelama sahaja yang mengambil umpan tersebut.
Sebaiknya memancinglah secara berteman atau ketika ada pemancing lain di kawasan tersebut. Selain ia dapat membantu sekiranya memporleh ikan bersaiz besar, ia turut dapat menjamin keselamatan sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.
Pakailah pakaian dan alas kaki yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...