Penggunaan assist hook adalah satu kemestian dalam segmen pancingan mengunjun atau jigging. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengikat assist hook. Apa yang kami sediakan ini adalah salah satu daripadanya dan ia amat mudah.
Alatan keperluan:
Jig hook
Kevlar (100-200lb)
Solid ring
Gam gajah
Shrink tube
Langkah 1
Jangan potong tali kevlar terlebih dahulu dan masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Ads
Masukkan pula split ring ke hujung tali tersebut.
Langkah 3
Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail.
Langkah 4
Buat ukuran dengan siaz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaik panjang tali setengah dari panjang jig.
Langkah 5
Buat simpulan biasa atau simpul mati dengan kedua-dua hujung tali kevlar. Jangan ketatkan simpulan.
Langkah 6
Ads
Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang dibuat tadi.
Langkah 7
Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail.
Langkah 8
Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan.
Langkah 9
Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya.
Langkah 10
Ads
Ikatan mata jig yang cepat dan ringkas untuk digunakan.
Kreh knot merupakan salah satu contoh ikatan bagi menghubungkan perambut dengan terminal tackle seperti gewang tanpa menggunakan klip atau kili. Ia merupakan ikatan terbaik jika anda menggunakan tali mono untuk mengilat.
Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Tutorial 3
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Tutorial 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Tutorial 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Tutorial 7
Tutorial seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...