Umpan Knot – Ikatan Asas Perambut!!

Share

 

Langkah 1

Pertama sekali buatkan lingkaran 8 figure knot (anda boleh carian tutorial 8 figure knot dalam website ini jika tidak tahu menghasilkannya). Jangan ketatkan lingkaran yang dihasilkan terlebih dahulu.

 

Langkah 2

Masukkan hujung tali utama ke dalam lingkaran yang dihasilkan. Sebaiknya masukkan tali kira-kira sejengkal panjang atau lebih. Kemudian barulah tarik dan ketatkan lingkaran 8 figure knot dengan kuat.

 

Langkah 3

Lilitkan hujung tali pada shock leader kira-kira 5 lilitan atau lebih.

 

Langkah 4

Kemudian bawa hujung tali ke arah simpulan tadi hingga terbentuk satu lingkaran bulat sebagaimana di dalam gambar.

Langkah 5

Seterus lilit pula hujung tali pada tindanan tali di dalam lingkaran sebanyak 5 kali juga.

Langkah 6

Setelah itu tarik perlahan-lahan hujung tali sehingga satu simpulan ikatan terbentuk pada shock leader seperti mana di dalam gambar.

Langkah 7

Seterusnya tarik kedua-dua bahagian utama tali sehingga kedua-dua simpulan merapati antara satu sama lain. Tarik sekuat mungkin.

Langkah 8

Kemudian potong lebihan hujung kedua-dua jenis tali. Boleh juga bakar bahagian hujung tali terutamanya shock leader kerana ia dapat membantu kelancaran keluar masuk tali pada joran.

 

IKLAN