
(Oleh: Juzaili Shima JS)
Ramai yang beranggapan tidak perlu bersusah payah menyediakan umpan semata-mata untuk memancing ikan keli.
Guna saja cacing, habis cerita. Memang betul… cacing merupakan umpan universal untuk memancing ikan air tawar.
Tetapi, harus diingat juga bahawa ikan turut memiliki selera dan citarasa tersendiri. Adakala langsung ia tidak mahu buka mulut (makan), jadi perlulah ada umpan yang mampu membangkit selera makannya seperti umpan Minyak JS ini.
Bahan-Bahan:
Minyak JS
1 Paket burger ayam
3 biji telur ayam
Nestum
Cara-Cara Menghasilkannya:
Terlebih dahulu nyah bekukan burger daging ayam.
Masukkan kesemua 1 paket burger daging ayam ke dalam bekas.
Pecahkan 3 biji telur ayam, ambil telur kuning sahaja kemudian campurkan ke atas burger daging ayam dan ramas sehingga ia sebati.
Perap atau peram adunan burger daging ayam dan telur ini di dalam bekas selama 3 hari.
Cara Menggunakannya:
Ambil satu genggam adunan itu dan letak di dalam bekas berasingan.
Kemudian ambil 1 penutup botol minyak JS dan tuang ke atas adunan. Uli adunan ini hingga sekata.
Kemudian ambil segenggam atau lebih serbuk nestum dan taburkan ke atas adunan. Uli adunan sehingga memperoleh doh yang sesuai untuk dilekatkan pada mata kail.
Sebaiknya mata kail dicucukkan jajan (keropok udang) terlebih dahulu sebelum dilekatkan adunan agar adunan dapat terbentuk dengan kemas pada mata kail.
Cara Simple Repaint Reel BC!!

Peralatan yang digunakan
Reel yang hendak diubahsuai.
Penyembur cat Tamiya (boleh juga gunakan jenama lain ikut kesukaan masing masing).
Masking tape.
Kertas pasir saiz halus.
Part custom ikut cita rasa masing-masing. Saya menggunakan part dari berbagai-bagai jenama seperti KTF, Hedgehog Studio dan part dari reel Megabass.
Langkah Pertama
Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.
Langkah Kedua
Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.
Langkah Ketiga
Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.
Langkah Keempat
Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.
Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.
Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.
Langkah Kelima
Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.
Langkah Keenam
Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.
Langkah Ketujuh
Inilah rupa reel yang telah `dihidupkan’ semula.
Kitab Memancing Jenahak Kaedah Konvensional!!

Anda tidak perlu risau menggunakan perambut mono (perambut dawai kurang efektif) walaupun ikan ini mempunyai gigi taring yang tajam. Sangat jarang berlaku perambut digigit jenahak hingga putus walaupun mata kail jauh ditelan. Perambut yang kasar mampu menahan asakan barisan gigi halus dihadapan kerana kebanyakan jenahak suka menelan umpan.
Menggunakan umpan sotong cumit adalah yang terbaik jika memancing jenahak di laut dalam. Sotong kurita yang agak liat juga bagus namun sotong kurita sukar diperolehi berbanding dengan cumit yang menonjolkan diri apabila kerdipan lampu bot dinyalakan pada waktu malam.
Selain dari itu hirisan ikan kembung tanpa tulang, udang dan hirisan sotong boleh digunakan sebagai alternatif. Umpan hidup juga berkesan pada waktu siang seperti anak gelama, tamban, selar kuning, belanak dan udang.
Teknik memancing jenahak tidaklah begitu sukar kerana spesies ini adalah pemburu yang gemar menyentap umpan secara tiba-tiba selepas mengulumnya buat seketika. Justeru itu penggunaan mata kail lingkar adalah lebih berkesan.
Kes rabut boleh dihindari sekiranya pemancing ‘memberi dan memujuk’ dahulu apabila dirasakan ikan sedang bermain dengan umpan pada pancing anda. Jangan terlalu cepat membalas joran anda kerana pada masa ini umpan baru dicengkam oleh dua gigi taring yang tajam dan belum menelan lagi.
Jenahak adalah spesies yang tidak terus menelan umpan sebagaimana kerapu, tapi ia akan bermain dahulu sebelum menelan dan baru ia melarikan tali pancing selepas sedikit kejutan dibuat ke atasnya.
Balas atau lakukan sentapan apabila larian kedua dimulakan iaitu kira-kira beberapa saat selepas alarm kekili berbunyi. Selepas itu gunalah tenaga dan segala kemahiran anda supaya ia tidak terlepas dari mata kail.
WACANA : Isteri hamil, suami cuti memancing??

Persoalannya, kenapa kalau isteri mengandung… suami tak perlu berpantang memancing? Secara peribadi saya sama sekali tidak bersetuju dengan pantang larang ini.
Tetapi kalau si suami berhenti memancing buat seketika atas tujuan lain, itu cerita lainlah. Apa pun, mari kita lihat apa kata komuniti pemancing tentang pantang larang ini.
APA KATA PEMANCING
“Suami saya memancing sampai la kami dah ada anak 4 sebab ianya adalah sumber rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah… yang penting niat.”
– HAIZA SWEETHONEY
“Tak boleh diikutkan sangat kepercayaan ini sebab ada kaitan dengan akidah. Makhluk hanya tawakal dan usaha, Allah jua berkuasa dan penentu segala.”
– AHMAD RIDZUAN CH
“Mitos yang sengaja direka untuk menakutkan suami yang malas nak jaga isteri ketika hamil. Biasa la isteri hamil suami mula cari alasan nak keluar suka-suka kat luar. Jadi nenek kebayan yang banyak pengalaman pun cipta la mitos ni.”
– TAJOL AHMAN
“Hahaha… dah tak relevan zaman ni. Zaman dulu mungkin la sebab kekurangan talian hayat. Ada yang cakap, nanti seksa ikan tu. Habis, lepas bini bersalin boleh pulak seksa ikan, gitu?”
– HONEY BEEZ
“Kalau ada bini yang tak suka laki pi mancing dan percaya kepercayaan tu, mesti tiap-tiap tahun nak mengandung je supaya laki tak leh pi mancing.”
– NAJMIE ICHIGO
“Pantang larang tu untuk control perangai gila memancing lebih-lebih lagi isteri tengah mengandung perlukan lebih perhatian. Kalau kena jenis orang yang kaki pancing seminggu dua tak balik? Tak kesian isteri kat rumah?”
– ZAIR MITC
Selalu orang kaitkan anak yang dilahirkan akan dapat sakit sumbing kalau suami kerap keluar memacing. Sumbing jadi sebab ibu hamil kurang asid folic.
Kurang asid folic sebab ibu hamil tak makan ubat yang diberi. Tak makan ubat sebab isteri stress dan merajuk suami tak hiraukan dia dan sibuk kluar pi mancing.
Kesimpulanya ketika isteri hamil boleh pi mancing dengan syarat gembirakan hati isteri dan dapatkan redha isteri sebelum kluar memancing.
Lagi satu teori yang saya pernah dengar dari Mufti Menk, tangkapan yang diperolehi mesti dibawa balik utk dimakan dan jangan dilepaskan balik (memancing sebagai keperluan bukan hiburan).
Lepas rasa tangkapan tu dah mencukupi so seeloknya berhenti la mancing n balik.
– AMIRUL RASYID ABD AZIZ
“Kalau pergi mancing bila isteri mengandung, anak akan jadi sumbing la, itu ini lah. Bagi saya, isu dia kalau mancing yang niat suka-suka main strike dengan ikan.
Maaflah kalau salah, kalau niat mancing tapi nak lepas balik dan bukan nak makan atau nak jual tu kira dah aniaya ikan. Jadi, situ mungkin logiknya.”
– HAMKA SYIDI
“Saya cuti mancin ketika isteri hamil. Bukan kerana pantang larang tapi kerana ingin sentiasa dekat dengan isteri agar senang dihubungi jika ada apa-apa masalah… maklumlah sedang hamil. Kalau gian sangat pun mancing kat kolam berdekatan.”
– CHEF ENDRAWAN
“Dulu masa wife mengandung bukan setakat saya yang mancing. Wife sama ketagih mancing. Sekarang baru tau bukan wife yang minat mancing tu tapi yang dalam perut tu. Kesudahannya dah jadi kaki pancing sejak kecik. Dah ada geng. Hahaha.”
– EDDIE MUSTAFFA