Umpan Jelawat Liar Moden (arkib)

Share

 

Sesetengah bekas lombong turut didiami oleh ikan-ikan air tawar buruan ramai, namun sukar untuk menjinakkannya.

Tapi ia tidak menjadi suatu yang mustahil jika tahu bagaimana untuk menghasilkan umpan yang tepat. Berikut merupakan perkongsian terbaik untuk menjerat jelawat liar.

 

Bahan-bahan keperluan

 

  • 2 biji telur goreng hancur
  • Kelapa parut goreng
  • Tepung gandum
  • Minyak belangkas (Kicap Rohu A1)

 

Cara Menyediakan Umpan

 

LANGKAH 1

 

Masukkan kelapa parut goreng ke dalam bekas bancuhan.

 

LANGKAH 2

 

Campurkan telur goreng hancur sedikit demi sedikit sambil digaul bersama kelapa parut. Kemudian gaul kedua-dua bahan itu sehingga betul-betul sebati. Selepas itu masukkan pula tepung gandum dan digaul sehingga menjadi doh yang sesuai.

 

LANGKAH 3

 

Masukkan minyak belangkas kira-kira 5-8 penutup. Uli adunan tersebut sehingga meresap bersama minyak belangkas. Sebaiknya uli adunan itu sehingga menjadi doh yang boleh dikepal dan tidak pecah.

 

LANGKAH 4

 

 

Guna spring dua mata dan kepalkan adunan pada mata kail dan juga spring.

IKLAN