Umpan Es Doger – Umpan Tepung Berminyak!!

Share

 

Bahan-bahan keperluan

  • Perisa strawberi Papa Paste
  • Perisa Pisang Ambon Papa Paste
  • Perisa Es Doger Papa Paste
  • Tepung gandum
  • Minyak masak
  • Keropok jagung

 

Cara penyediaan umpan

 

 

  • Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.

 

  • Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.

 

 

  • Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.

 

 

  • Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.

 

Cara menggunakan umpan

 

 

Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.

 

 

Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.

IKLAN