Tutorial Umpan Kuku Paling Berkesan

Share

 

Admin percaya ramai yang berminat dan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat umpan ikan kuku. Bagi pemancing tegar ikan kuku, lazimnya mereka memiliki ramuan tersendiri untuk menghasilkan umpan bagi memancing ikan kuku.

 

Berikut merupakan salah satu resepi umpan ikan kuku yang telah dihasilkan oleh seorang pemancing yang telah berjaya mendaratkan ratusan ikan kuku. Umpan ini diwariskan oleh keluarganya yang sudah sekian lama memancing ikan ini dengan sedikit penambahan umpan moden.

 

 

Bahan-Bahan:

 

Isi ayam goreng (ayam goreng berempah)

Majerin (dicairkan sedikit)

Sebiji telur

Tepung gandum

Pati sawit

Perisa buah ara Matsumoto

 

 

CARA BUAT UMPAN

 

Tutorial 1

Racik isi ayam (anggaran 3-5 ketul ayam goreng) ke dalam bekas. Sebaiknya ayam digoreng dengan sempurna supaya isinya senang untuk dileraikan.

 

 

Tutorial 2

Masukkan 3 sudu besar majerin yang sudah dicairkan sedikit ke atas isi ayam. Gaul sehingga majerin sekata dengan isi ayam.

 

Tutorial 3

Masukkan pula 3 tutup botol pati sawit. Gaul lagi sehingga ia menjadi sebati dan sekata.

 

 

Tutorial 4

Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan (doh) yang dikehendaki (sesuai untuk dikepal pada mata kail).

 

Tutorial 5

Masukkan setengah biji atau kurang telur ayam yang telah dibancuh dengan beberapa titik perisa buah ara Matsumoto. Uli adunan dengan sebati dan ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan kuku.

 

 

IKLAN