Tutorial Thumb Knot – Simpulan Yang Terbukti Mantap

Share

 

Syarat utama kalau nak buat ikatan ini kena la ada ibu jari tangan. Sebab itulah namanya thumb knot atau ibu jari. Teknik ikatan ini sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail bercincin dengan menggunakan perambut nylon yang berdiameter tebal.

 

Tutorial 1

Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang. Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.

 

Tutorial 2

Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu menghala ke pangkal kuku.

 

Tutorial 3

Buatkan lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah pangkal kuku.

 

Tutorial 4

Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan. Jika perambut diameter lebih halus, seeloknya buat 5 lilitan.

 

Tutorial 5

Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dihasilkan tadi.

 

Tutorial 6

Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.

 

Tutorial 7

Ketatkan simpulan yang telah dihasil dengan sempurna.

 

Tutorial 8

Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah pun siap dihasilkan.

 

IKLAN