Tutorial Menguatkan Lidah Gewang Dari Tercabut

Share

 

Gewang Rapala Deep Tail Dancer (TDD) merupakan gewang selaman dalam yang memiliki aksi renangan cantik dan sangat stabil. Diperbuat daripada kayu balsa yang ringan, daya apungan tinggi kayu balsa inilah yang memberikan aksi lenggok uniknya yang tidak ada pada gewang lain.

 

Akan tetapi, badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar. Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.

 

 

Oleh yang demikian, kami belanja sedikit cara untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.

 

Keperluan:

 

Gewang TDD

Playar

Jarum peniti

Gam gajah

 

Cara-cara DIY:

 

Tutorial 1

Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.

 

 

Tutorial 2

Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.

 

 

Tutorial 3

Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.

 

 

Tutorial 4

Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.

 

 

Tutorial 5

Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.

 

 

Tutorial 6

Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.

 

 

IKLAN