Tutorial Lengkap Servis Sendiri Baitcasting Reel

Share

 

Round baitcaster atau kekili menegak berbadan bulat merupakan kekili kegemaran ramai para caster dan jigger. Bagi edisi tutorial asas servis kekili kali ini kami menggunakan Shimano Calcutta Conquest (2014) sebagai contoh.

 

Barang keperluan:

Screwdriver set

Rachet spanar

Minyak Zippo

Kain bersih

Air blow

Minyak gris

 

 

Bearing oil

Berus gigi

Cotton bud

Berus lukisan

Bekas kosong (untuk cuci reel)

Bekas bertutup (untuk cuci bearing)

Cecair pinggan mangkuk

 

Tutorial 1

Buka dengan kemas kesemua skru pada body kekili.

 

Tutorial 2

Gunakan rachet spanar untuk membuka nat. Penggunaan alat ini, lebih baik dari menggunakan spanar biasa.

 

Tutorial 3

Buka badan kekili dengan berhati-hati dan cermat. Jangan buka dengan kasar bagi mengelakkan part tertanggal dan tidak pasti kedudukan asalnya.

 

Tutorial 4

Asingkan part penting dalam bekas yang anda rasakan perlu dibersihkan. Jangan lupa susun kedudukannya supaya anda tidak lupa (sila rujuk manual jika musykil tentang part yang telah dibuka).

 

Tutorial 5

Rendamkan kesemua bearing dalam bekas menggunakan minyak Zippo. Ia bertujuan mencuci kotoran minyak lama dalam bearing berkenaan.

 

Tutorial 6

Cuci body kekili dengan menggunakan air campuran pencuci pinggan mangkuk.

 

Tutorial 7

Gunakan berus gigi lembut yang sudah tidak digunakan dan keringkan menggunakan kain bersih.

 

Tutorial 8

Gunakan berus gigi dengan perlahan, cuci semua bahagian termasuklah pinion gear.

(Peringatan: Sila berhati-hati dan jangan sesekali ia terjatuh di atas lantas simen yang keras, kerana ia akan merosakkan gigi pinion gear berkenaan.)

 

Tutorial 9

Gunakan cotton bud yang dibasahkan dengan minyak Zippo untuk cuci di ruang dalam spool.

(Tali yang berada di dalam spool sebaiknya dibasuh, rendam lebih awal dengan air suam dan sabun cecair pinggan mangkuk selepas selesai aktiviti memancing di lokasi air masin).

 

Tutorial 10

Selepas bearing dicuci, boleh gunakan air blow untuk mengeringkannya dengan lebih cepat. Pasangkan kembali semua bearing dan boleh mula letakkan oil bearing.

 

Tutorial 11

Sapu grease oil menggunakan berus lukisan (tidak terlalu tebal atau terlalu nipis) pada semua part, termasuklah main gear.

 

Tutorial 12

Pasang kembali kesemua part mengikut susunan dengan betul, berhati-hati dan cermat hingga selesai. Mudah kan?

 

IKLAN