Tutorial Ikatan Mata Kail Paling Asas

Share

 

Ikatan ini merupakan sejenis ikatan yang banyak diguna pakai oleh pemancing berpengalaman. Kelebihan ikatan ini ia tidak terlalu membebankan simpulan sekaligus membuatkan ia mampu bertahan ketika ditekan hebat oleh ikan. Cara menyiapkannya juga tidak terlalu rumit malah korang boleh menghafalnya hanya sekali buat.

 

Tutorial 1

Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.

 

Tutorial 2

Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.

 

Tutorial 3

Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.

 

Tutorial 4

Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.

 

Tutorial 5

Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.

 

Tutorial 6

Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.

 

Tutorial 7

Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.

 

Tutorial 8

Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.

 

Tutorial 9

Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.

 

Tutorial 10

Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.

IKLAN