Tutorial Buat Sendiri Assist Hook Paling Ringkas

Share

 

Assist hooks untuk  jigging banyak terjual di kedai-kedai pancing. Harga assist hooks ni pun boleh tahanlah juga. Nak senang, beli ajelah. Namun tidak sempurna ilmu seseorang jigger itu sekiranya menggunakan assist hooks ready made buatan kedai. Baru la setaraf dengan anglers jepun kalau pandai buat sendiri.

 

Tutorial 1

Potong tali kevlar kira-kira 4 inci atau lebih bergantung kepada panjang yang dikehendaki.

 

Tutorial 2

Kemudian lekatkan atau lekapkan bahagian salah satu hujung kevlar pada  bahagian belakang teras mata kail.

 

Tutorial 3

Gunakan tali sulam 8-10 lb untuk mengikat kevlar pada teras mata kail. Jangan potong lebihan tali ikatan dulu.

 

Tutorial 4

Buatkan satu simpulan pada mata kail dan tarik tali kevlar berada di bahagian depan mata kail.

 

Tutorial 5

Titikkan gam pada kesemua ikatan yang dihasilkan tadi (jika perlu).

 

Tutorial 6

Pastikan simpulan tersebut betul-betul ketat dan kemas pada mata kail. Dan lilit kembali dengan tali sulam.

 

Tutorial 7

Ulangi proses yang sama pada mata kail yang kedua (tutorial 1 hingga tutorial 6).

 

Tutorial 8

Gunakan jig untuk menggantungkan mata kail sebagai pengimbang untuk mengikat solid ring.

 

Tutorial 9

Titikkan gam pada kesemua ikatan yang dihasilkan tadi.

 

Tutorial 10

Masukkan shrink tube dan bakar dengan pemetik api.

 

Tutorial 11

Assist hook yang siap untuk digunakan dalam teknik slow pitch jigging mahupun light jigging.

 

IKLAN