Ketika air surut jernih di Sungai Jelai, Kuala Lipis memang waktu terbaik untuk memancing udang galah, ikan kerai dan juga tenggalan. Tetapi siapa yang dapat menyangka pari sungai yang menyentap dan memakan umpan yang dipertaruhkan seperti cacing air dan anak udang sungai.
Pari sungai atau pari air tawar adalah spesies yang kian terancam dan hanya terdapat di dua buah sungai utama di Semenanjung, Sungai Pahang dan Sungai Perak. Namun ia masih boleh ditemui di perairan Sungai Pahang seperti Kuala Lipis, Jerantut atau Temerloh.
Ads
Sesetengah orang luar dari kawasan Pahang masih tidak percaya tentang kewujudan pari sungai. Mereka beranggapan ia adalah pari tuka, akan tetapi bukan ikan tuka. Ikan ini merupakan speseis pari air tawar yang bersaudara dengan pari air tawar gergasi yang terdapat di Thailand, bukan semua tempat ada ikan pari air tawar.
Tempat saya memancing iaitu sungai jelai sangat jauh beratus kilometer dari laut dan air masin. Pari sungai banyak terdapat di Sungai Jelai, Sungai Jerantut dan juga Temerloh. Habitat atau lubuk yang disukainya ialah kawasan berpasir.
Ads
Antara teknik yang boleh dicuba termasuk kaedah dasar dengan menggunakan umpan cacing dan anak udang. Dalam pancingan ikan pari, joran akan melengkung apabila ditarik pari. Adakala ikan pari akan mendap atau masuk ke dalam pasir menyebabkan sukar untuk bawak naik .
Ads
Kalau sudah berjaya didaratkan, haruslah berhati-hati kerana bisa pari sungai juga adalah sangat berbisa dan bahaya seperti pari air masin. Badan pari sungai juga sangat berlendir berbanding pari laut. Bagi orang Kuala Lipis, isi pari sungai sangatlah sedap. Menu biasa bagi saya orang Kuala Lipis adalah ikan pari masak tempoyak.
Oleh: Mohd Iqbal
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mungkin sebahagian dari kita sudah tahu sensasi tarikan ikan jenis ini. Jika tidak mahu kecewa kita harus memilih jenis line atau tali yang kuat untuk bertarung dengannya.
Tentu kita tidak mahu berputih mata apabila tewas dalam pertarungan dan menjadi rezeki mata saja.
Line yang biasa saya gunakan ialah jenis braied atau tali sulam 20lbs kerana line jenis ini tidak mudah putus jika bergeser atau berbeli pada bangkar pokok yang menjadi rumah kegemaran baung.
Umpan saya biasa guna ialah anak ikan kap ukuran sebesar jari telunjuk atau usus ayam yang dibusukkan yang tidak lebih dari 2 hari.
Namun yang paling sering saya pakai adalah umpan usus ayam yang dibusukkan kerana dengan bau yang menyengat akan menarik perhatian ikan baung itu sendiri, sebab ikan baung akan mencari sumber yang mengeluarkan bau busuk untuk dijadikan makanan yang merupakan makanan kegemarannya.
Tak seperti menggunakan umpan anak ikan kerana jika kita menggunakan anak ikan, kita hanya menunggu ikan baung melintas untuk memakan umpan kita. Namun, gabungan umpan busuk dan umpan anak ikan boleh membuahkan hasil yang lebih baik.
Beberapa pemancing mengabaikan hal ini, mereka lebih beranggapan yang penting umpan sudah dibaling dan memancing pada malam hari. Tak mustahil jika begini, anda hanya akan dapat gigitan nyamuk saja tanpa sebarang hasil.
Ada beberapa hal yang perlu diketahui pemancing, jika kita memancing pada malam hari mulai lewat sampai pukul 03.00 pagi, pada tempoh waktu tersebut ikan baung aktif mencari makan di pinggiran sungai dan jenis umpan yang paling sesuai ialah anak ikan.
Ikatan knot ini merupakan antara ikatan terkuat bagi menghubungkan mata kail dengan perambut berdiameter tinggi.
Ia mampu mengukuhkan ikatan perambut sehingga 200 lb dengan sempurna. Jika menggunakan perambut halus memadai dengan 4-5 lilitan, sebaliknya jika menggunakan perambut kasar, memadai 3 lilitan sahaja. Walaubagaimana pun ia tidak sesuai jika menggunakan leader 100% fluorocarbon.
Tutorial 1
Masukkan perambut ke lubang cincin kira-kira sekaki panjang atau lebih.
Tutorial 2
Pegang kedua-dua bahagian tali (tali utama dan tali yang keluar dari lubang cincin) dengan keadaan hujung tali sepanjang sejengkal.
Tutorial 3
Sebaiknya sangkut mata kail pada sesuatu dan kemudian lakukan lilitan pada dua bahagian tali tersebut dengan bahagian hujung tali.
Tutorial 4
Setelah melakukan lilitan sebanyak 4-6 kali, masukkan bahagian hujung tali ke dalam gelung antara dua bahagian tali utama tadi.
Tutorial 5
Kemudian arahkan hujung tali ke bahagian jari yang memegang pertemuan dua tali itu dan masukkan ke dalam gelung yang terhasil.
Tutorial 6
Pegang kesemua bahagian tali dan kemudian cubalah Tarik perlahan-lahan agar terhasil simpulan.
Tutorial 7
Satu ikatan akan terhasil.
Tutorial 8
Kemudian tarik bahagian tali utama dan ikatan yang terhasil akan bergerak ke arah cincin mata kail. Ketatkan simpulan ini dengan kuat, kemudian barulah potong lebihan hujung tali.
Masukkan dedak ke dalam tong bancuhan kira-kira setengah kilogram. Terpulang kepada anda untuk menggunakan dedak 929 atau sebagainya.
LANGKAH 2
Tuangkan 5 penutup botol sos umpan yang anda suka ke atas dedak dan gaul hingga sekata (jika tidak ingin menggunakan sos umpan pun tak mengapa). Sekiranya adunan dedak terlalu kering, boleh percikan sedikit air.
LANGKAH 3
Masukkan perisa tambahan sama ada pandan/strawberi kira-kira 2-3 penutup dan gaul sehingga rata (masukkan lebih sekiranya anda hanya menggunakan perisa tanpa sos umpan).
LANGKAH 4
Cucuk keropok atau jajan pada mata kail dan pastikan jajan tersebut tidak menutupi mata kail sepenuhnya.
LANGKAH 5
Masukkan dedak separuh penuh ke dalam pam, pasangkan penutup pam dan tekan pemetik pam dua atau tiga kali. Kemudian buka kembali penutup pam.
LANGKAH 6
Gunakan dawai penebuk untuk membuat lubang pada dedak di bahagian tengah pam untuk memasukkan perambut mata kail.
Pastikan swivel perambut menemusi keluar dari pam dan mata kail berjajan berada di tengah-tengah pam.
LANGKAH 7
Penuhkan pam dengan dedak, pasangkan kembali penutup pam dan tekan pemetik pam sehingga benar-benar ketat agar dedak mampat di dalamnya.
LANGKAH 8
Biarkan dedak mampat di dalam pam kira-kira 5 minit sebelum mengeluarkannya untuk dijadikan umpan memancing.
(Saksikan juga video cara-cara penyediaan umpan pam ini)
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...