Di sini, saya dapat merasai sendiri pengalaman pertama menangkap ketam menggunakan bento ini. Tidaklah sesukar mana rupanya untuk mengendalikan bento ini.

Hanya menggunakan isi ikan atau ayam sebagai umpan dan meletakkan ke dalam bento tersebut.

Kemudiannya, bento itu dilepaskan di dasar Sungai Gading selama kira-kira 30 minit sebelum kami kembali semula untuk memungut hasil.

 

Sementara menunggu waktu untuk memungut ketam, saya dibawa menyusuri sepanjang sungai untuk melihat sendiri suasana hutan paya bakau yang begitu menenangkan.

Saya turut diperjelaskan, bahawa kawasan hutan bakau di sini merupakan habitat pelbagai burung migrasi.

 

Selain itu, kami turut bertembung dengan beberapa kumpulan pemancing yang sedang memancing di sini.

Menurut mereka, sungai ini juga menjadi antara spot terbaik untuk memancing siakap putih, siakap merah, kerapu, semilang dan pelbagai spesies lagi.

 

Setelah seketika menyusuri sungai yang dikelilingi pokok bakau ini, saya kembali semula ke tempat pelepasan bubu untuk melihat hasil tangkapan.

Saya diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaikkan bento ketam ke dalam bot.

 

IKLAN

Bagaikan membuka kotak hadiah misteri, tali ditarik perlahan-lahan untuk mendaratkan bento. Bubu yang pada mulanya kosong berjaya memerangkap seekor ketam nipah yang bersaiz besar dan sedikit agresif.

 

Pengalaman manis

 

Setibanya di jeti, saya diajar teknik mudah untuk mengikat ketam yang ditangkap menggunakan tali rafia bagi mengelakkan terkena penangan sepitan ketam ini.

Ketam yang ditangkap boleh hidup di darat dalam jangka masa yang lama kerana kerana mempunyai satu ruang yang mengandungi sedikit air pada insangnya yang boleh ditutup untuk membantu pernafasannya.

 

Seusai misi pencarian, saya dibawa untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang amat menyelerakan.

IKLAN

Asam pedas resipi asli, kangkung goreng belacan, sambal, ketam dan udang, apa lagi yang ditunggu, kami makan dengan berselera. Memang lazat!

 

Sememangnya, aktiviti sebegini memberi pengalaman baru terutamanya buat anak-anak muda untuk merasai suasana sebenar masyarakat nelayan serta menghargai eko sistem alam semula jadi.

 

Tambahan pula, sedikit ilmu dapat dibawa pulang dimana pengalaman menangkap ketam menggunakan bento merupakan suatu aktiviti yang amat menyeronokkan.

 

Jelaslah, Kampung Sungai Melayu ini boleh diketengahkan untuk menjadi salah satu lokasi eko-pelancongan yang popular di masa hadapan.

Saya dikhabarkan akan ada lebih banyak homestay akan dibina di kampung ini khusus untuk menaikkan industri pelancongan di kawasan ini.

IKLAN

 

 

Diharapkan dengan usaha berterusan ini akan mampu menarik lebih ramai pelancong, khususnya kaki pancing untuk bertandang dan merasai pengalaman menjadi nelayan sehari di sini.

 

Selain crab netting, Kampung Sungai Melayu turut terkenal dengan aktiviti sungai seperti menangkap kupang, ikan dan udang.

Kulit kupang turut dijadikan sebagai salah satu produk kraftangan oleh masyarakat tempatan.

Selain itu, pelancong turut dapat melihat sendiri rutin kehidupan penduduk dan perusahaan kecil seperti pembuatan belacan.

 

Trip Retro – Sehari menjadi nelayan ketam nipah!!

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI