SOALAN:

Saya berminat untuk memancing di atas boathouse yang banyak terdapat di Tasik Kenyir, Terengganu. Boleh tak admin berikan tip memancing di atas boathouse itu?

 

JAWAPAN:

Trip memancing menggunakan boathouse atau rumah bot sememangnya popular di Tasik Kenyir.

Bagi yang belum pernah mencubanya, eloklah ketahui serba sedikit tip sebelum menempah mana-mana boathouse.

 

➡    Pertama sekali perlu pastikan jumlah ahli trip biar sepadan dengan kapasiti boathouse yang ingin ditempah.

IKLAN

Sebaiknya jumlah ahli trip sepadan dengan kapasiti boathouse tersebut.

 

➡    Ketahui pakej harga yang ditawarkan oleh pengusaha boathouse. Purata pakej sekitar sekitar RM 1500 – RM 2000 per malam. Bukan dalam kiraan hari.

Jika pakej harga tidak sepadan dengan kapasiti pemancing bagi sesebuah boathouse, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

 

IKLAN

➡    Jika tidak tahu, sebaiknya tanya servis atau kemudahan yang disediakan dalam pakej tersebut.

Jika ada menyatakan jumlah tandas, katil atau bot fiber dan umpan disediakan, pastikan ia sememangnya ada dan boleh digunakan.

 

➡    Tetapkan lokasi memancing yang ingin ditujui kerana tidak semua sungai di dalam kawasan tasik boleh dimasuki secara percuma.

Dan pastikan tekong boathouse tersebut membawa anda ke lokasi tersebut, bukannya lokasi pilihan beliau.

IKLAN

 

➡    Bagi memastikan trip berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancang, bayaran penuh sewa boathouse elok diselesai setelah tamat trip, bukannya sebelum memulakan trip.

 

➡    Walaupun setiap boathouse menyediakan dapur dan kelengkapan memasak namun makan dan minum tidak termasuk dalam pakej tersebut.

Jadi, anda wajib bawa barang-barang makan dan masak sendiri jika tidak mahu kebuluran.

 

➡    Kelengkapan pancing perlulah dibawa sendiri. Sekiranya ingin memancing dengan menggunakan bot laju, bolehlah meminta tekong aturkan urusan sewaan atau guide bot tersebut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI