Cara Mudah Nak Cari Umpun-Umpun!!

Share

 

Sesuai dengan namanya, umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar.

 

Ada banyak cara untuk mendapatkan umpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan  penggunakan skop atau cangkul sahaja.

Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.

 

Biasanya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.

 

 

 

Ikan sasaran: 

Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari.

 

Cara digunakan: 

Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau apollo.

 

Lokasi sesuai:

Pantai berpasir, muara, tambak berbatu.

baca juga cara mencari umpun sarang

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

IKLAN