Sebelum anda pergi ke mana-mana trip memancing, tak kiralah sama ada laut dalam, tasik sungai pergunungan atau kolam-kolam pancing, sebaiknya pastikan kamera anda dalam keadaan bersih.

Pastikan kamera bebas daripada kesan debu atau berdebu, lensa kotor dipenuhi habuk, cap jari dan sebagainya.

Di sini kami ingin berkongsi sedikit tip ini dan mungkin ia dapat membantu anda dalam penjagaan kamera.

 

Tip Penjagaan Kamera

 

  1. Elakkan menukar lensa di kawasan yang lembab, berpasir, berhabuk, melekit seperti di tepi pantai.

 

2. Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.

IKLAN

 

3. Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.

 

4. Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).

 

5. Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.

IKLAN

 

6. Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.

 

7. Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.

 

IKLAN

Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya

 

  1. Anda menggunakan insect repellent terutamanya mereka yang alah dengan nyamuk atau serangga di luar terutamanya di kawasa berair seperti tasik, lombong, hutan, paya dan sebagainya.

 

2. Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.

 

3. Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI