Tip memancing gelama dada kuning ini adalah berdasarkan pengalaman saya memancing ikan di kawasan perairan Pelabuhan Klang. Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama ini.

 

Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh dipancing hampir di serata kawasan, gelama dada kuning hanya tertumpu di lubuk dalam terutama laluan arus keluar masuk. Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.

 

Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.

 

 

IKLAN

Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya. Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar. Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.

 

Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak diimbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.

 

Peralatan dan Teknik

 

IKLAN

Memancing gelama dada kuning bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya. Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai di dalam perutnya. Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.

 

 

Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai menggunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.

 

IKLAN

Kalau ingin memancing gelama bersaiz kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8/9/10 (kecil, halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.

 

Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama dada kuning di bawah 20lb. Perambut 20lb hingga 40lb amat memadai kerana ia mampu bertahan walaupun digigit sang gelama.

 

 

Tidak ‘sporting’ kalau menggunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.