Tip Menyiang Pari Paling Tepat

Share

 

Ramai pemancing yang gemar memancing ikan pari. Maklum sajalah perlawanannya cukup menarik dan rasanya pun jugak sedap. Namun berapa ramai pemancing yang pandai memotong atau menyiang ikan pari ini?

 

Tidak sukar sebenarnya untuk menyiang ikan pari. Apa yang penting anda mempunyai pisau besar yang betul-betul tajam. Dengan panduan ringkas ini, dalam masa yang singkat anda akan dapat menguasai tekniknya.

 

Step Pertama

Pastikan pisau yang digunakan tajam. Hiris bahagian belakang pari yang berbelulang keras kira-kira 1 cm. Anda boleh mengesan bahagian keras ini dengan menekan mata pisau. Semakin besar pari semakin tebal juga bahagian keras ini.

 

Step Kedua

Lapah atau potong menyerong (kira-kira sudut 45 darjah) pada bahagian di bawah belulang tersebut dari bahagian mata ke bawah ekor dan seterus kembali ke bahagian mata.

 

Step Ketiga

Siat atau tarik bahagian yang telah dilapah dan ia akan tertanggal dengan mudah. Sementara sekitar bahagian insang agak keras dan anda perlu menakik untuk memisahkannya.

 

Step Keempat

Hiris atau potong pada bahagian tengah muncung pari untuk proses membuang insangnya. Sebaik buang bahagian ini lebih sedikit.

 

Step Kelima

Potong bahagian insang pari keseluruhannya dan keluarkan. Luaskan kawasan potongan agar insang yang hanyir ini dapat dibuang sepenuhnya.

 

Step Keenam

Kemudian hiris pula bahagian abdomennya bagi mengeluarkan isinya perutnya. Pastikan anda tidak terpotong kantung air kencing pari bagi mengelakkan isinya nanti berbau hancing.

 

Step Ketujuh

Seterusnya bolehlah dipotong pari seberapa banyak potongan yang dikehendaki. Kalau saiz pari yang kecil, memadai beberapa bahagian saja.

IKLAN