Ads

Tip Mengendalikan IkanĀ Ketika Casting!!

 

Ya, memang seronok bila penantianĀ anda memancing membuahkan hasil.Ā Kadang-kadang, dalam keadaan seronokĀ kita sampai sanggup melupakan aspekĀ keselamatan terutama ketikaĀ mengendalikan ikan.

Dari sinilahĀ terdengar banyak kes terkena sengatanĀ ikan, mata kail terpacak di tangan dan bermacam-macam lagi boleh menimpaĀ kaki pancing. Jadi, mari kita ketahuiĀ apakah antara langkah keselamatanĀ ketika mengendalikan ikan:

 

Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing. Jangan terlalu gelabah atauĀ tergopoh-gapah ketika melayan tarikanĀ ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untukĀ mengelakkan berlakunya sebarangĀ perkara tak diingini.Ā Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.

Ads

 

Gunalah gancu, sauk atau lip grip untukĀ mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil. Dan jangan terlalu beraniĀ menaikkan ikan menggunakan tanganĀ kerana rontaan ikan mampu membawaĀ kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.

 

Ads

Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikanĀ menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai.Ā Elakkan menggunakanĀ tangan untuk mencabut mata kail!Ā Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.

 

Tip Mengendalikan IkanĀ Ketika Casting!!

Ads

 

[affiliate_carousel]

Pastikan ikan yang bersengat sudahĀ dipotong sengatnya terlebih dahuluĀ sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan. Sengat yang sudah dipotong haruslahĀ ditanam atau dicampak semula ke dalamĀ air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.

 

Sekiranya ikan yang diperolehi tersebut bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya. Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
āˆž
āˆž
Ads

Tak Kumpau Punya!