Tip Memburu Udang Galah Sungai Pahang

Share

 

Ini merupakan tip yang kami peroleh sepanjang memancing di Sungai Temerloh ini bersama tekong di sini. Kalau korang bercadang nak try nasib kat Sungai Temerloh atau sepanjang Sungai Pahang umumnya, korang wajib baca perkongsian ni.

 

Pemilihan joran

Gunakan joran lembut bersaiz panjang antara 4-5 kaki. Tak perlu panjang-panjang bukannya nak kena casting bagai.

 

Saiz kekili

Kekili saiz kecil, saiz 500-1000 sudah memadai. Nak pakai tali sulam atau tangsi takde masalah. Kat sini takde gangguan buntal yang suka memotong tali pancing.

 

 

Pilihan umpan

Umpan yang terbaik di Temerloh ialah umpun-umpun. Boleh juga guna umpan alternatif lain seperti cacing, hati ayam, jantung ayam atau hirisan ikan.

Jangan kedekut umpan. Umpun-umpun biar dicangkuk padat pada mata kail dan biarkan berlebihan sedikit untuk merasuah udang.

 

Saiz mata kail

Guna mata kail udang bersaiz 1 – 3. Biar saiz besar supaya udang tak mudah lucut. Udang galah kat sini takde yang saiz kecil-kecil. Kalau lucut tentu saiz sado. Rugi la kalau lucut!

 

 

Rajin

Jangan malas. Amat disaran periksa umpan setiap 5-10 minit. Kalau malas lebih baik jangan datang memancing. Tidur je ke chalet atau kat rumah rakit.

 

Variasi lubuk

Jangan lontar umpan satu tempat saja. Variasikan balingan ke bawah bot, dekat, sederhana dan jauh. Jadi, kenalah pakai lebih dari satu joran.

 

 

Cara sentap

Jaga joran. Ada udang galah yang jenis tarik secara lembut dan ada juga yang tarik secara kasar hingga boleh menghumbankan joran anda ke dalam sungai.

 

Guna servis tekong

Kalau tak biasa, amat disarankan guna khidmat guide untuk hasil yang lebih baik. Keluar model lebih sikit tak mengapa asalkan berhasil.

 

 

Keselamatan

Sentiasa utamakan keselamatan. Pakai jaket keselamatan dan mulut jangan sesekali cabul. Kita kena ingat yang kita bukan berurusan dengan udang galah je kat sungai ni.

IKLAN