Dikatakan, ikan kurau ialah spesimen yang berskala 5 kg ke bawah manakala istilah senohong pula merujuk kepada spesimen kurau melebihi 5 kg. Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20 lb diperlukan.
Boleh saja jika menggunakan tali berkekuatan kurang dari 20 lb namun adalah satu kerugian yang besar jika terkena kurau bersaiz besar yang mengakibatkan tali pancing putus. Harus diingat untuk strike kurau bersaiz besar bukanlah mudah sekarang ini.
Ads
Memancing menggunakan ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar. Oleh yang demikian kita perlu faham pergerakan arus. Jika arus agak laju maka gunakan ladung yang lebih besar.
Ads
Ads
Gunakan perambut tangsi minimum 50 lb diikat dengan mata kail 3/0. Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Sebaiknya guna perambut keras seperti du pont atau fluorocarbon kerana walaupun tak bergigi namun geseran rahang kurau boleh memutuskan perambut. Tidak perlu perambut dawai kerana kurau kurang gemar.
Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya. Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan. Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran. Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak. Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan. Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah. Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut. Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Sebaiknya cari tekong yang memiliki kemudahan dan fasiliti bot yang baik. Lengkap dengan gps dan sonar bagi mengesan kumpulan atau kandang sotong. Penting bagi korang yang pertama kali nak menyandat, pastikan bot tersebut selesa dan memiliki tandas.
Gunakan peralatan yang sesuai untuk mencandat. Jika menggunakan joran dan kekili, sebaiknya guna set sederhana dan jika menggunakan koyan, sebaiknya tali koyan berdiameter tebal agar tidak bersimpul dan memedihkan tangan.
Cara mencandat sotong adalah mengunjun candat sehingga ke dasar laut. Batu ladung atau candat twist yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur dan menegangkannya. Apabila terasa sesuatu yang berat, tarik atau gulung tali secara sederhana.
Jika menggunakan candat mayat atau candat apollo, sebaiknya cubalah candat pelbagai warna dan perhatikan candat yang mana lebih disukai oleh sotong. Jika candat mayat atau candat udang kurang disukai oleh sotong, cuba pula candat umpan yang menggunakan umpan ikan.
Apabila candat mengena sotong, jangan karau atau gulung tali dengan laju dan kasar. Jangan juga terlalu perlahan hingga sotong mampu meloloskan diri. Tarik secara bertenang dan apabila sotong muncul di permukaan air, biarkan ia memuntahkan dakwatnya sebelum mendaratkannya ke dalam bot.
Biarkan sotong yang berjaya dinaikkan mati sebelum memasukkannya ke dalam tong ais. Sekiranya ada tangkapan selain sotong, sebaiknya asingkan sotong dan ikan kerana kualiti dan rasa ikan akan terjejas.
Spinning reel atau kekili mendatar yang juga biasa disebut mesin oleh ramai pemancing, merupakan kelengkapan memancing yang perlu ada untuk memancing.
Sekiranya sudah memiliki joran tetapi belum ada kekili, dan bercadang untuk membelinya, di sini kami ada sedikit tip sebagai garis panduan sebelum anda membeli kekili tersebut.
Pendapat Rakan Pemancing
Setelah anda mengenal pasti kekili yang bakal anda beli, sebaiknya tanyalah prestasi kekili berkenaan kepada rakan-rakan yang pernah menggunakannya.
Atau boleh juga mencari testimoni pengguna di media sosial dalam komuniti pemancing. Biarpun ia bukanlah kayu pengukur sebenar, setidak-tidaknya anda boleh buat rumusan sendiri berkenaannya.
Rekemen Dari Pekedai
Ringankan mulut untuk bertanya operator atau pengusaha kedai pancing tentang jenis kekili yang anda ingin beli.
Kebanyakan dari mereka adalah pemancing yang berpengalaman atau setidak-tidaknya tahu menilai sesuatu kekili. Jika mereka mengatakan tiada masalah pada kekili yang anda hajati barulah membelinya.
Ujian Sistem Kekili
Ketika meneliti putaran pengayuh atau handle, sila tumpu perhatian terhadap sebarang kelonggaran cengkaman antara setiap gear.
Pastikan pengayuhnya padu, mengarau dengan lancar, tidak bergoyang atau berlaku yang tidak lancar seperti tersangkut-sangkut atau agak ketat.
Pengayuh pada sesetengah kekili mempunyai shaf gelincir dan skru kunci bertentangan, tetapi shaf sepatutnya cukup muat tanpa sebarang kelonggaran.
Pegang rotor gelendung atau spool dari berpusing, kemudian gerakkan pengayuh ke depan dan ke belakang untuk menyukat kelonggaran antara.
Peranan Alas Bebola
Sekarang ini kita boleh dapati kebanyakan kekili dimuatkan dengan begitu banyak alas bebola sehingga berbelas-belas jumlahnya. Sebenarnya bilangan alas bebola dalam kekili bukanlah petunjuk kualiti atau ketahanannya.
Biasanya alas bebola yang ditempatkan dalam reka bentuk kekili yang kurang baik adalah dari bahan berkualiti rendah dan cenderung terhakis atau terdedah kepada kemasukan butiran pasir, garam dan air.
Jika banyak alas bebola sebegini, lagi banyaklah masalah yang akan timbul.
Kekemasan Spool
Cuba pegang spool atau gelendung kekili dengan sebelah tangan dan tarik ia ke atas dan tekan ke bawah dengan tekanan sederhana kuat. Ia bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya sebarang pergerakan yang longgar dalam shaf utama.
Ia sepatutnya tiada sebarang kerana kecuali shaf tersebut tidak diketatkan dengan sempurna. Ia perlu diperiksa bagi mengelakkan skru yang tidak diketatkan itu tertanggal dan hilang ketika digunakan nanti.
Sepadankan Dengan Joran
Walaupun peratusan kejadian ini amat kurang tetapi ada baiknya juga anda bawa joran yang ingin dipadankan dengan kekili yang ingin dibeli di bawa bersama.
Ini merupakan cara terbaik untuk memadankannya. Ini kerana kadangkala tapak kekili itu terlalu besar, lebar, runcing atau kecil untuk dimuatkan dengan kemas pada joran.
Perkara ini pernah berlaku kepada penulis apabila ingin memadankan kekili buatan Eropah dengan joran buatan China di mana ia tidak dapat dipadankan dengan kemas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...