Tip Kelengkapan Memburu Udang Galah Geng Jenggo Hunter

Share

 

Jika ingin merasa tarikan si jenggo datanglah ke sungai pekan Kanowit, Sarawak ini. Jika korang tak biasa memancing jenggo di sini, kami ingin berkongsi setup peralatan yang telah kami gunakan.

 

Rod & Reel

 

Tak kisah apa brand pun semua boleh digunakan. Murah ke mahal sama saja. Malah salah seorang rakan kami menggunakan set casting untuk pancing jenggo. Elok saja dapat bawa naik jenggo walaupun saiz kecil tapi dapat rasa tarikannya. Rod yang kami gunakan sepanjang 6 kaki dan 5 kaki kebanyakannya jenis rod pancing jenggo.

 

 

Mata Kail / Perambut

 

Saiz mata udang juga penting sebab jika saiz terlalu halus maka mudahlah terlepas dan patah. Kami biasa guna mata kail brand Exori saiz 3 dan 5. Setakat ini saiz dan jenis mata kail ini tidak mengecewakan. Jarang-jarang udang terlepas dan tidak pernah patah. Perambut pun tidak kisah. Jangan terlalu besar dan terlalu halus. Kami biasa guna perambut 1 mata kail.

 

 

Batu ladung

 

Kami biasa guna batu ladung hidup saiz no 4 saja. Arus sungai Kanowit tidaklah terlalu kuat kecuali selepas hujan lebat mungkin perlu pakai saiz no 6.

 

 

Umpan

 

Umpon-umpon (perumpun) dan cacing tanah adalah umpan wajib yang perlu ada. Lebih baik bawa kedua-dua umpan ini tak perlu umpan lain lagi. Mungkin jenggo di sini sudah biasa memakan dua jenis umpan ini.

 

 

Sauh

 

Jangan lupa bawa sauh! Ini sangat penting kerana lubuk banyak di tengah sungai. Antara sauh yang kami guna agar tidak hanyut dan tidak sangkut kayu ialah besi seberat 4kg ini sesuai untuk dijadikan sauh. Ia tidak terlalu berat untuk ditarik naik apabila perlu tukar spot.

 

IKLAN