Tip Jigging Spesies Sagai

Share

 

Buat sahabat-sahabat yang teringin sangat nak cari lesen sagai ni, berikut adalah berberapa perkara penting yang perlu kita ambil tahu. Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya.

 

Jig Pilihan

 

Kebiasaannya saya akan guna jig yang reka bentuk tirus kurus bersaiz 20g ke 40g (untuk periaran berkedalaman bawah dari 40 meter). Bukan jig yang terlalu panjang ya. Lebih kurang dalam 4cm ke 6cm sesuai. Jig tirus yang seimbang di mana titik berat jig adalah sekata. Tak terlalu berat di hadapan atau belakang jig.

 

 

Teknik Mengunjun Jig

 

Jig akan dikarau terus sama ada secara sedehana laju atau laju. Kebanyakan masa saya dapat strike bila jig dikarau secara sedehana laju dari dasar ke pertengahan air. Namun kadang-kadang ada masanya karauan laju juga akan menggoda ikan sagai untuk membahamnya.

 

 

Faktor Pergerakan Arus

 

Arus laut yang sesuai untuk menjinakkan sagai adalah apabila arus dalam keadaan perlahan. Bukan arus mati tapi perlahan. Sebaik-baiknya berhanyut di kepala arus dan belakang arus.

 

Lubuk Padu

 

Kawasan yang berstruktur buatan manusia adalah tempat yang sesuai untuk sagai. Contoh seperti pelantar minyak dan unjam. Namun kena cari spot yang keluar sedikit dari struktur. Sebaik-baiknya berhanyut la di hadapan atau belakang arus.

 

 

Pemangsa-pemangsa selalunya meronda di situ mengendap mangsa. Termasuklah sagai. Tapi sagai kurang gemar merapati struktur jika ada pemangsa lain di situ spt GT atau barracuda kerana sagai juga adalah mangsa kepada pemangsa-pemangsa itu.

 

Asisst Hook

 

Pemilihan assist hook takda masalah sangat ya sahabat. Janji bersesuaian dengan saiz jig yang hendak dipakai. Namun sagai sangat gemar assist hook yang ada flasher. Pemilihan warna flasher itu terpulang la pada sahabat-sahabat. Saya biasanya guna flasher berkilat hijau.

 

IKLAN