Ibu gelama atau temerih dikenali sebagai eron di kalangan nelayan dan pemancing di Sarawak. Pancingan ibu gelama sememangnya popular di Sarawak maka tidak hairanlah mereka cukup handal dan tahu bilakah waktu terbaik untuk memancing spesies berharga ini.

 

Menurut maklumat pemancing berpengalaman di Sarawak, tarikh 15 hari bulan 8 (kalendar luna) setiap tahun merupakan hari keramat kerana ia adalah tarikh keemasan untuk memburu ibu gelama. Kapal karam di perairan Kuching, Sarawak memang amat popular bagi pemburu ibu gelama. Banyak cerita menarik tentang ikan ini yang datangnya dari sana.

 

Tempoh Waktu Paling Tepat Mancing Ibu Gelama

 

Seorang pemancing otai mendakwa, mereka pasti akan keluar ke laut untuk memburu ibu gelama setiap kali menjelangnya Moon Cake Festival yang jatuh pada setiap 15 hari bulan 8. Lazimnya pada tarikh itu keadaan laut di sana amat tenang, bulan mengambang dengan cuaca yang cukup baik.

 

Menurut mereka, pada hari itu seakan hari keluarga ibu gelama di mana ikan-ikan gelama monster ini akan berkumpul dengan banyaknya di kapal-kapal karam untuk mengawan. Semasa mengawan, bunyi lazimnya yang dikeluarkan oleh keluarga gelama ini apabila didaratkan akan kedengaran. Dikatakan, bunyi tersebut mampu didengari sehingga keluar dari permukaan air.

IKLAN

 

Tempoh Waktu Paling Tepat Mancing Ibu Gelama

 

Memang benar air dapat menyekat gelombang bunyi tetapi jika bunyi itu kuat dan lantang, ia mampu melepasi permukaan air. Anda boleh bayangkan sendiri betapa kuatnya bunyi bising yang mampu dijana oleh ibu gelama. Boleh berderau darah dibuatnya bila tengah-tengah malam buta terdengar bunyi yang pelik-pelik di tengah laut.

 

Paloh? Apa yang dimaksudkan dengan paloh? Ia adalah lubuk yang dasarnya lapang tidak ubah seperti gurun. Tiada kapal karam, tiada terumbu karang atau sebarang struktur yang ketara. Dasaran lapang bukanlah tidak berpotensi sebagaimana kita sangkakan, ia juga ada struktur tetapi bersifat maya.

IKLAN

 

Tempoh Waktu Paling Tepat Mancing Ibu Gelama

 

Struktur maya ini terjadi akibat aliran arus laut yang lama kelamaan menjadi seperti alur longkang. Longkang ini umpama satu saluran makanan, di mana semua makanan akan mengalir dan terkumpul di sini. Longkang seperti ini tentu akan menarik perhatian ikan-ikan besar datang. Sudah tentu ibu gelama pun turut sama.

 

Ibu gelama di sini akan mula mencari makan semasa air pasang pada waktu malam. Lebih mengagumkan, ibu gelama di sini bukannya datang seekor, sebaliknya berkumpulan. Jadi apabila anda dah dapat tewaskan seekor, maka malam itu anda berpeluang untuk bergasak dan kenduri ibu gelama. Tetapi jika ingin mendapat lebih dari seekor, anda perlu mematuhi syarat itu iaitu senyap.

IKLAN

 

Tempoh Waktu Paling Tepat Mancing Ibu Gelama

 

Malam menjelang, bot tidak dibenarkan menyalakan lampu, pemancing hanya perlu menunggu kemunculan mangsa. Apabila ibu gelama merentap umpan, pemancing hendaklah berlawan dengan cara perlahan saja.

 

Apabila mangsa ditewaskan, anda juga tidak boleh terus mengangkatnya naik ke atas bot, sebaliknya mestilah gunakan tangguk dan tinggalkan ia di dalam tangguk yang direndam ke dalam air. Ini bertujuan mengelakannya dari bergelut di atas dek bot dan membuat bising. Jika ingin mengangkatnya naik, anda perlu tunggu sehingga selesai memancing. Bunyi bising adalah pantang larang semasa memancing ibu gelama.

 

Tempoh Waktu Paling Tepat Mancing Ibu Gelama

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI