Tekong Penentu Suksesnya Trip Memancing?

Share

 

Raoul Benjamin

Pengalaman dengan seorang Tekong di sebuah perairan ni sangat mengecewakan, dari Pulau Tioman, Pulau Pemanggil, Pulau Aur habis kami geledah. Tunjuk gambar dalam handphone pelbagai jenis tangkapan diperolehi sebelum trip berlangsung. Semasa trip cuma tambak sahaja je yang sudi menjamah umpan.

Di unjam pula kadangkala langsung tiada kelibat ikan, terjadilah istilah ‘air jernih lah, air keruh lah, air tinggi lah, air rendah lah dan pelbagai istilah lagi. Maaf cakap, bagi kami tekong seperti ini lebih kepada mengambil kesempatan ke atas pemancing-pemancing seperti kami.

Tapi kami sebagai pemancing tetap akan meneruskan aktiviti ini walaupun terjadinya perkara sedemikian, alah bisa tegal biasa kata orang-orang tua. Majulah sukan untuk pemancing dan buat tekong & guide di sekitar Malaysia amnya, lihatlah kehebatan tekong bot & awak-awak di negara Jiran kita sebagai rujukan dan cabaran.

 

 

Wan Bukhari

Tekong yang terbaik akan menjadi pilihan kaki pancing kerana sudah tentulah pemancing mahukan khidmat dan hasil tangkapan yang memuaskan. Bagi saya dapat ke tidak, itu rezeki tuhan. Janji kepuasan dan layanan tekong yang sempurna dan baik melayan karenah pemancing..

 

Nazri Bachok

Salah satu tekong yang tak boleh aku lupakan dalam trip jigging. Masa tengah hari tekong buang sauh, siapkan tempat tidur tapi sebelum dia tidur sempat dia cakap “Ni belum masuk musim jig kalau nak jig datang laa bulan 7, ni baru bulan 4”. Terus lemah semangat… kalaulah dia inform sebelum kami turun kan lebih bagus. Mungkin kami boleh bawa set bottom. Memang tak berhati perut! Lokasi… ? Biarlah aku je yang tahu!

 

Azman Rahman

Tekong mesti bersikap friendly dengan pelanggan. Jangan utamakan keuntungan semata-mata. Servis yang baik dan usaha yang bersungguh daripada tekong untuk memuaskan hati pelanggan dengan membawa pelanggan ke port ikan gred A. Memang rezeki daripada tuhan tapi jika tiada bantuan dari segi kemahiran dan pengalaman tekong agak sukar bagi pelanggan mendapat hasil yang membanggakan.

Pengalaman saya, semakin rapat hubungan kita dengan seseorang tekong itu boleh membantu dalam usaha mendapatkan hasil yang lumayan kerana akan timbul sikap tanggung jawab pada diri tekong utk membantu pelanggan mendapatkan hasil terbaik. Apabila pelanggan berpuas hati maka semakin lama dan luaslah perniagaan tekong tersebut kerana pelanggan akan menceritakan kepada rakan pemancing akan servis dan hasil yang diperolehi daripada tekong tersebut.

 

 

Zietie GT

Dah banyak kali saya mengikuti trip memancing laut. Bagi saya, Tekong Ameng dari Jeti Parit Unas Muar adalah tekong terbaik yang pernah saya jumpa setakat ini. Servis memang tip top. Sentiasa tepat pada waktu bila nak memulakan trip dan juga cekap mengendalikan bot. Beliau juga peramah, tak lokek ilmu tentang laut dan tau spot-spot yang sesuai nak berlabuh. Kalau salah seorang strike monster, Tekong Ameng awal-awal siap sedia nak membantu dan dia juga tak pernah mengeluh kalau diminta tukar spot lain walaupun baru berlabuh setengah jam. Apa pun, Tekong Ameng Muar terbaik yang pernah saya  jumpa setakat ini.

 

IKLAN