Melalui analisis saiz maksima seludu membesar tentu secara khusus pemancing boleh menduga apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya.

 

Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.

 

Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200 meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.

 

Jika menggunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksimum 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding menggunakan tali sulam.

 

Teknik & Taktik Mengail Ikan Seludu!!

 

Selaras dengan tabiat ikan seludu yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak menggunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut ke atas.

 

Seludu dan hampir semua duri tidak cerewet pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.

 

Perambut 30lb sepanjang 45 cm merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb hingga 30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.

 

Teknik & Taktik Mengail Ikan Seludu!!

 

Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir semua jenama umpan disebatnya. Seludu juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak ditolaknya.

 

Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun.

 

Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang, selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.

 

Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara. Hirisan jangan terlalu besar kerana seludu tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilogram.

 

Teknik & Taktik Mengail Ikan Seludu!!

 

Namun seperti yang saya katakan ia tetap mampu memberi kepuasan kepada pemancing selain memberi cita rasa hanyir dan lendir ketika dipegang nanti.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI