Teknik paling mudah menjerat talang ialah pakai apollo yang mudah didapati di kedai pancing. Tidak perlu guna umpan cuma perlu rajin sahaja menghenjut pancing berterusan sehingga terdapat getuan atau sambaran.

 

Apabila kita dah tahu tentang tabiat dan sifat haiwan ini yang gemar berlegar di permukaan air jadi teknik yang terbaik adalah memancingnya dengan umpan dilabuhkan dari permukaan dan pertengahan air.

 

Untuk menambah keseronokan, cuma beranikan diri mengunakan tali 4lb dengan joran udang yang mampu memberi lenturan U.

IKLAN

Jika anda merasai sekali pasti mahu ia berterusan kerana saiz pandan amat sesuai dengan peralatan kecil yang disyorkan. Cubalah sekali untuk menikmatinya sendiri kalau tak percaya.

 

Umpan terbaik untuk memancing talang pandan mahupun talang yang lain adalah bilis segar dan kalau dapat hidup lagi besar peluangnya. Bilis adalah salah satu spesies ikan pelagik yang berkumpulan dan hidup di permukaan air.

IKLAN

 

Bukan saja talang pandan malah pemburu mangsa yang lain juga gemarkan bilis seperti anak tenggiri papan, senangin, anak gerepoh turut sama berkongsi habitat bersama talang pandan.

 

IKLAN

Warna jernih serta isi yang lembut membuatkan ikan talang pandan tidak begitu cerewet jika dihidangkan dengan bilis. Bilis mati perlu dicangkukkan dengan betul pada mata kail agar ia kelihatan hidup dibuai arus di dalam air.

 

Jika bilis kecil digunakan, cangkukkan pada mata hingga memenuhi mata kail yang digunakan.

Selain bilis, udang, hirisan ikan kembong, sotong dan ikan pelagik boleh digunakan sebagai altenatif atau kawasan tertentu sesuai dengan jenis sumber diet utama yang terdapat di sekitar.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI