Ikan belitong adalah salah satu spesies bersifat gemar membuat lompatan ke udara sebaik saja merasakan mata kail tertancap di mulut ini. Jika anda gemarkan aksi dan kepuasan sukan memancing, setting paling elok dan sedap bermain dengan belitong ialah menggunakan peralatan aksi ringan dengan tangsi berkekuatan di antara 10lb hingga 16lb.

 

Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.

 

Teknik Paling Seronok Melayan Aksi Ikan Belitong

 

Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6 kg atau 87lb pada tahun 1976 di Costa Rica.

 

Belitong bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan di mana terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.

 

IKLAN

Sekiranya ada pemancing yang menggunakan tangsi 2lb dan berjaya dengan tangkapan 10kg ke atas, beliau patuk diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat. Bagaimanapun perambut yang digunakan adalah lingkungan 20lb hingga 50lb tangsi atau dawai.

 

Teknik Paling Seronok Melayan Aksi Ikan Belitong

 

Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah dikalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui di unjam termasuk selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tamban beluru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.

 

Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar melonjak ke udara.

IKLAN

 

Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan menyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.

 

Teknik Paling Seronok Melayan Aksi Ikan Belitong

 

Saya lebih senang menggunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30lb hingga 50lb sepanjang sedepa ke atas dari menggunakan perambut dawai.

IKLAN

 

Menggunakan perambut tangsi (biasa) membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.

 

Jika menggunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu.

 

Teknik Paling Seronok Melayan Aksi Ikan Belitong

 

Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan nombor 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan.

 

Selain itu kaedah menunda (trolling) balingan gewang serta jigging juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.