Dalam teknik pancingan dasar atau bottom fishing, gerepoh terbesar atau GT bukanlah spesies sasaran utama. Malah ada kaki bottom minta dijauhkan ikan gerepoh dari mendekati umpannya. Sebaliknya ia menjadi salah satu spesies buruan bagi kaki sportfishing terutamanya dalam teknik popping, casting dan jigging.

 

Sesetengah peminat dan pemancing teknik ini dianggap lebih moden kerana tiada pengunaan umpan alami sama sekali. Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut.

 

Teknik Dan Pilihan Umpan Terkini Menundukkan Spesies GT

 

Yang perlu ialah semangat, kombinasi perlatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga. Kalau hanya satu gewang sahaja yang dibawa anda dikira belum digelar caster atau jigger tegar.

 

IKLAN

Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada anggota badan pemancing lain dapat dihindarkan. Tak sanggup rasanya untuk bayangkan mata tiga popper tersangkut pada bahagian kepala!

 

Teknik Dan Pilihan Umpan Terkini Menundukkan Spesies GT

 

Gerepoh banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26hb hingga 4hb Hijrah dan 13hb hingga 18hb Hijrah. Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana GT akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang.

IKLAN

 

Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika waktu bulan gelap.

 

Teknik Dan Pilihan Umpan Terkini Menundukkan Spesies GT

 

IKLAN

Jika anda berminat untuk GT saiz yang lebih besar melalui teknik pancingan asas, dapatkan anak ikan tetanda saiz setengah kg, mata kail 5/0 hingga 10/0 (pakai 2 mata) dengan perambut 100Ib dan dilengkapi dengan wayar atau kabel 7X7 pada bahagian hadapan perambut.

 

Saya syorkan jenis ini kerana ia lembut dan mudah diikat. Hanyutkan anak tetanda tanpa pemberat terutama di kawasan tebing pulau dengan kedalaman air 30 meter.

 

Teknik Dan Pilihan Umpan Terkini Menundukkan Spesies GT

 

Selain itu umpan yang biasa juga digunakan ialah kombinasi sotong cumit segar, kembong, ikan terbang, pelaling, selayang serta tamban. Jenis umpan segar terutama untuk yang hidup mudah diperolehi dengan teknik apollo serta disauk pada waktu malam.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI