Teknik Bancuhan Umpan Pacu Mega A1 ©

Share

 

Sebagaimana manusia, ikan turut memiliki deria rasa tersendiri. Tanpa deria rasa, pastinya ikan akan makan semua benda termasuklah pokok kayu yang ada di dalam air.

Justeru itu untuk memancing sesuatu spesies ikan, kita haruslah tahu apa yang disukai oleh ikan tersebut.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

 

Sos Pandan A1

Sos Sawit A1

Sos Raya A1

Roti Sandwic

 

Cara penyediaan Umpan:

 

1.    Potong dadu sebungkus roti sandwic dan simpan ia di dalam bekas bancuhan bertutup.

2.    Tuang kira-kira 9 penutup botol sos pandan A1 ke atas roti dadu dan goncang bekas bancuhan. Kemudian masukkan pula 5 penutup botol sos sawit A1, goncang lagi.

Dan akhir sekali masukkan kira-kira 5 penutup sos raya A1 (kuning). Goncang bekas bancuhan agar kesemua roti dadu mengenai sos yang telah dimasukkan.

 

 

Cara menggunakan umpan:

 

1.    Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi sepanjang 30 cm.

2.    Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut sos campuran seperti sate.

Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu (kepal) sehingga menjadi seperti bebola.

Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.

 

 

IKLAN