Tatacara & Etika Memancing Di Sungai Keniam!!

Share

 

Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam. Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.

 

 

Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.

 

Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.

 

Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.

 

 

Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa. Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14. Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.

 

Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus. Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.

 

IKLAN