Tangkap Ketam Nipah Dengan Bento@

Share

 

Teknik menangkap ketam nipah dengan bubu ketam yang dinamakan bento atau bito sebenarnya bukanlah kaedah baru. Malah ia merupakan satu-satu aplikasi yang ada dan paling berkesan untuk digunakan.

 

Bento merupakan bubu ketam yang diperbuat daripada kawat dan jaring yang mempunyai pintu perangkap serta diberi tali dan pelampung. Bagi membolehkannya memerangkap ketam nipah, bento akan diletakkan umpan ikan.

 

Apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap). Saiz bento lazimnya; panjang 590mm x lebar 430mm x tinggi 270mm.

 

 

Lokasi paling sesuai untuk melabuhkan jerat ini ialah di muara sungai di hutan bakau. Ketika air laut sedang surut ialah masa yang sangat sesuai untuk melabukannya. Ini kerana ketika itulah ketam nipah dipercayai aktif mencari makanan.

 

Selain itu, ia juga untuk mengelakkan bento hilang akibat dihanyutkan oleh arus ketika air pasang. Keadaan air surut juga memberi kelebihan untuk membaling bento jauh ke tengah air.

 

 

 

Ada juga cara atau kaedah menjerat ketam nipah menggunakan bot dan inilah yang kebanyakannya dilakukan oleh nelayan. Para nelayan biasanya akan mencari kawasan-kawasan strategik untuk meletakkan bento.

 

Bento akan diletakkan ketika air surut dan dibiarkan sehingga air surut kembali untuk melihat hasilnya. Bento tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana dikhuatiri dicuri orang atau diceroboh oleh biawak.

 

IKLAN