Zaharudin Basiron (dua dari kiri) bersama para penaja melepaskan spesis ikan patin seberat 3-4 kilogram

1,000 orang peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur yang menawarkan hadiah keseluruhan RM16,000 menanti peserta pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2017 tahun ke-6 siri ke-7 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ahad ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Zaharudin Basiron berkata, slogan `Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ khusus kepada warga kota menjadikan aktiviti riadah bersama keluarga dapat diterapkan melalui pertandingan memancing yang disediakan oleh DBKL.

“Dengan adanya aktiviti sihat pada hujung minggu, diharapkan program pada tahun ini dapat menambahkan semangat rasa cinta ke Wilayah Persekutuan dalam usaha memastikan keharmonian serta perpaduan warganya terus dikekalkan demi kesejahteraan bersama.

Taman Tasik Ampang Hilir tawar RM16,000
Pengurus Acara & Tajaan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Muhamad Fauzi Ahmad (kanan kedua) bersama produk Oishi Green Tea untuk diberikan kepada para pemancing dan Pengurus Besar, Pembangunan Produk Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Ahmad Termizi Mahmud mewakili produk Igloo-UFL.

“Hadiah keseluruhan wang tunai dari RM16,000 disediakan untuk pemancing manakala masa pertandingan akan bermula jam 8.15 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Ads

“Lebih menarik peserta yang mendaftar awal akan menerima sebotol air saiz 1.5 liter produk Oishi Green Tea sumbangan penaja.

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM7,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan ketiga bakal memperoleh RM1,000.

Ads

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik itu hari ini antara patin bersaiz antara 3 hingga 6 kilogram.

Ads

Menurutnya, Taman Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur mempunyai keunikan tersendiri kerana banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan, belida dan toman bersaiz 10 hingga 30 kilogram menanti para pemancing.

Pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini dari pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam.

Turut memeriahkan JPKL 2017 ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oishi Green Tea dan Igloo-UFL.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI