TAKTIK & TEKNIK CASTING DI JERAM BERBATU

Share

Kawasan jeram merupakan salah satu lubuk pemangsa khususnya sebarau untuk mencari makan. Jika bertemu spot begini, jangan lepaskan peluang untuk menguji nasib. Dan berikut disertakan sedikit taktik & teknik untuk casting di lokasi berjeram.

 

#1

Semestinya pastikan guna kekili (spinning atau baitcaster) ratio tinggi kerana gewang perlu selari dengan kederasan arus.

 

#2

Penggunaan sesudu merupakan gewang yang paling efektif namun boleh juga guna gewang yang mampu beraksi dengan baik ketika berenang mengilkut arus seperti gewang Rapala Team Esko.

 

#3

Sebaiknya pilihlah gewang atau sesudu yang berkilat atau berwarna terang. Ia lebih praktikal.

 

#4

Baling gewang ke bahagian puncak jeram dan karau mengikut arus. Pastikan bukannya baling gewang dan tarik melawan arus.

 

 

#5

Pilih spot berbatu besar untuk dijadikan sasaran balingan dan tarik gewang melalui spot tersebut kerana lazimnya pemangsa berlindung di sebalik batu untuk menyerang hendak.

 

#6

Jangan biarkan gewang khususnya sesudu tenggelam agak lama bagi mengelak sangkut di celahan batu. Sebaiknya segera karau apabila gewang mencecah air.

 

#7

Bagi mengelak masalah sangkut, sebaiknya gunakan mata kail tunggal.

 

#8

Pelbagaikan rentak karauan, jika kayuhan perlahan tidak hasil, lakukan pula karauan yang lebih laju.

 

#9

Gunakan berat sesudu yang sesuai dengan arus agar ia mampu tenggelam dengan cepat. Berat antara 7 gram hingga 15 gram lebih praktikal.

IKLAN