Negara kita sendiri kaya dengan spesies ikan air tawar yang bernilai, tidak kira daripada segi harga pasaran, nilai kekuatan pertarungan ataupun kepuasan tersendiri saat menaikkan spesies yang sukar dipancing.

 

SIKANG

Nama saintifik : Raiamas guttatus, Barillius guttatus

Nama umum : Burmanese trout

Nama tempatan : Sikang, Trout Malaysia

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Ikan sikang atau Raiamas guttatus ini hanya boleh didapati di sesetengah kawasan sahaja di negara kita. Tidak banyak info yang diketahui oleh ikan sikang. Namun, bentuk yang unik seakan trout ini menjadikan ia popular di kalangan pengilat di Malaysia sehingga menggelarkannya trout Malaysia.

Ikan sikang mendiami kawasan jeram atau sungai berbatu dengan arus deras. Ciri utama pada sikang ialah rahang bawahnya yang halus namun mampu terbuka luas.

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Tip memancing

 

Memancing ikan sikang biasanya di kawasan lata yang berarus, cetek dan jernih. Jarang didengar sikang dinaikkan menggunakan teknik pancingan dasar. Jadi, pilihan teknik mengilat lebih sesuai dipraktikkan.

Penggunaan sesudu dan gewang bersaiz kecil lebih berpotensi memandangkan sikang amat jarang sikang bersaiz besar dilaporkan di tempat kita.

IKLAN

Antara kawasan yang pernah menaikkan ikan ini ialah di Hulu Sungai Muda, Baling (Kedah), kawasan Sekayu (Terengganu) dan Gugusan Sungai Lepar, Bentong, Berkelah (Pahang).

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

KELAH

Nama saintifik : Tor tambroides

Nama umum : Golden mahseer, Malaysian mahseer

Nama tempatan : Kelah, Pelian, Empurau

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Kelah atau tidak dinafikan menjadi kebanggaan kita tidak kira dari segi nilai pasaran atau pun nilai ikan sukan. Jadi tidak hairanlah ia digelar ‘Raja’ bagi spesies air tawar terutama yang berwarna ‘merah bara’. Kelah bersifat omnivor dalam pemakanan dan diet utamanya ialah buah ara, neram, jambu air, serangga, ikan kecil dan krustasia.

IKLAN

Habitatnya pula di kawasan jeram dan berarus deras dan lubuk yang dalam berbatu dan berdaun mati pada dasarnya sebagai tempat persembunyian. Sisiknya yang cantik menjadi tarikan utama bagi keunikan ikan kelah. Bentuk menyerupai tengas, namun dibezakan dengan kehadiran median tebal pada rahang bawahnya.

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Tip memancing

Pancingan kelah dikatakan agak sukar kerana ikan ini amat sensitif. Kawasan pancingan perlu dirasuah dan lokasinya juga tidak boleh terlalu bising ketika memancing. Umpan seperti buah ara, buah neram dan sawit peram amat popular memancing kelah.

Bagi sesetengah kawasan, penggunaan sesudu mampu menaikkan kelah, namun amat sukar untuk menemui kawasan sebegini sekarang.

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

TENGAS

Nama saintifik : Neolissochilus hexagonolepis

IKLAN

Nama umum : Copper mahseer

Nama tempatan : Tengas, kejor

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Rupa bentuknya hampir menyerupai spesies kelah, namun jika diteliti lebih dekat, spesies tengas atau kejor (Neolissochilus hexagonolepis) tidak mempunyai cuping median bibir yang tebal seperti mana kelah pada bahagian mandibel atau rahang bawahnya.

Tengas merupakan spesies omnivor dan diet utama ialah serangga, buah-buah hutan dan krustasia. Habitat tengas mudah dijumpai di kawasan sungai pergunungan dan hulu sungai.

Oleh kerana ia memerlukan habitat air yang beroksigen tinggi, kawasan badan air yang mengalir deras dan berbatu seperti jeram merupakan habitat sesuai baginya. Spesies ini juga mempunyai nilai yang tinggi baik sebagai hidangan mahupun ikan sukan memancing.

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Tip memancing

 

Penggunaan umpan sawit masak atau sawit peram amat popular selain daripada penggunaan cacing, cengkerik, buah neram, buah ara, ubi kayu atau isi ikan sebagai umpan. Gunakan mata kail bersaiz kecil. Jika anda gunakan sawit sebiji, gunakan 6 hingga 9 mata kecil dan lilit dan cangkukkan pada biji sawit tadi.

Bagi teknik mengilat tengas di kawasan sungai pergunungan, penggunaan sesudu berkilat dengan skema warna emas dan perak masih menjadi pilihan utama.

 

Spesies Ikan Pegunungan Idaman Ramai

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI